suria

Bukan semua coli sama fungsi... Hey ladies, kenali 15 jenis bra untuk gaya dan aktiviti sesuai agar tak sakit belakang

Bra yang sesuai berfungsi menyokong payudara dan mengelakkan sakit belakang. -Gambar hiasan

BRA atau coli merupakan jenis pakaian dalam yang tidak dapat dipisahkan dengan wanita.

Terdapat pelbagai jenis bra yang dijual di pasaran, daripada untuk kanak-kanak sehinggalah untuk wanita yang hamil serta menyusui anak.

Justeru, pemilihan bra yang sesuai dengan 'aset' masing-masing amat penting kerana ia berfungsi untuk menyokong payudara dan mengelakkan sakit pada bahagian belakang badan.

Jom ketahui jenis-jenis bra dan fungsinya sebagaimana perkongsian daripada Healthline:

1. Bra berwayar (underwire)

Bra underwire didatangkan dengan kawat fleksibel yang membantu menyokong payudara dari bahagian bawah dan sisi, supaya ia tidak mudah goyang. Sangat sesuai bagi wanita yang memiliki payudara besar kerana menjadikan pemakainya selesa

2. Bra materniti

Bra ini khusus untuk wanita yang sedang hamil. Ia direka dengan tali besar tanpa wayar, untuk menyokong payudara yang agak membesar semasa mengandung.

3. Bra menyusu

Bra menyusu atau nursing bra ialah bra khusus untuk ibu yang menyusukan anak. Bentuknya hampir sama dengan bra yang dipakai seharian.

Cuma bezanya ialah bahagian cup bra mempunyai cangkuk supaya mudah dibuka dan ditutup ketika menyusu atau mengepam susu ibu.

bra 2

Setiap jenis bra mempunyai fungsi yang tersendiri. -Gambar hiasan/The Star

4. Plunge bra

Mempunyai potongan rendah di bahagian tengah, tetapi cukup berkesan menutup bahagian sisi payudara. Sesuai jika pemakainya mengenakan pakaian berleher V, kemeja atau gaun.

ARTIKEL BERKAITAN: Ladies... ukurlah saiz bra kamu setiap 6 bulan sekali!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilihan bra yang tepat 1 daripada 5 ‘rahsia’ wanita badan gempal nampak kurus

5. Stick on bra

Bra ini menggunakan bahan silikon, satin dan sutera. Tidak mempunyai tali kerana fungsinya yang melekap. Sesuai jika pemakainya memakai gaun yang mendedahkan tubuh belakang.

6. Bra sukan (Sport bra)

Sangat sesuai untuk menyokong payudara semasa melakukan pelbagai gerakan sukan. Ia mampu memberikan perlindungan penuh kepada bahagian cup payudara, serta material yang mudah menyerap peluh.

Beautiful fitness athlete woman resting drinking water after work out exercising on beach summer evening in sunny sunshine outdoor portrait.

Bra sukan menyokong payudara semasa melakukan pelbagai gerakan dan aktiviti. -Gambar hiasan/The Star

7. Training bra

Sesuai untuk anak gadis yang memasuki fasa remaja. Ia bertujuan supaya remaja dapat merasa lebih selesa dan mula terbiasa, sebelum mereka menggunakan bra dewasa.

8. Longline bra

Bra jenis ini boleh menutup kawasan perut sehingga ke atas pusat. Bentuknya hampir sama seperti korset. Ia mampu membuat badan pemakainya kelihatan langsing.

9. Bra push-up

Bra jenis ini dapat menonjolkan aset pemakainya untuk kelihatan lebih seksi dan montok. Bahagian cup bra ini dicipta rendah agar payudara kelihatan 'penuh'.

10. Bralette

Sejenis bra ringan yang berfungsi untuk menyokong payudara dalam menjalani aktiviti seharian. Direka tanpa menggunakan cup, wayar atau cangkuk.

11. Bandeau bra

Ia tidak mempunyai wayar, tali, atau cawan. Berbentuk segi empat dengan bahan yang boleh diregangkan. Jenis bra ini lebih sesuai untuk dipakai apabila memakai gaun tanpa lengan.

bra dawai

Bra underwire didatangkan dengan kawat fleksibel yang membantu menyokong payudara dari bahagian bawah dan sisi. -Gambar hiasan/The Star

12. Halter bra

Mempunyai tali tunggal iaitu satu tali yang boleh diikat di belakang leher dan tidak menggunakan padding. Boleh dipakai setiap hari, terutamanya jika memakai baju nipis.

13. Padded bra

Padded bra berfungsi membuat payudara kelihatan rata dan halus. Anda boleh memilih bra ini semasa memakai t-shirt.

14. Soft cup bra

Pilihan terbaik untuk anak gadis dengan saiz payudara kecil hingga sederhana. Direka dengan cup yang lembut untuk memberikan keselesaan.

15. Bra tanpa tali (strapless)

Sejenis bra tanpa tali, tetapi selamat untuk digunakan setiap hari atau ketika memakai gaun tanpa lengan. Ada bra tanpa tali yang menggunakan kawat di bahagian bawah dan cangkuk belakang untuk mengekalkan sokongan payudara.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain