suria

Jom check-out... 7 trend K-Beauty bakal popular sepanjang 2022

Korea mensasarkan tren produk mesra alam tahun 2022 lebih ringkas dan menjimatkan masa.

KOREA Selatan negara sohor yang memainkan peranan besar dalam industri muzik dan tarian di peringkat global.

Malah fenomena itu seterusnya membawa kepada kewujudan industri kecantikan Korea atau dikenali sebagai K-beauty yang menjadi pilihan utama masyarakat kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Patut jadi rebutan! Ini 5 bahan semula jadi dalam produk kecantikan Korea

Tren K-beauty merangkumi produk rawatan kecantikan sama ada pil ubat, losyen, gincu dan sebagainya adalah produk laku keras di pasaran.

Berikut merupakan perkongsian pakar kecantikan dan penjagaan kulit dalam industri K-beauty, termasuk;

1. Produk berasaskan tumbuhan

Menurut seorang doktor penjagaan kulit di Korea, Claudia Christin, tahun 2022 ini akan ada lebih banyak produk penjagaan kulit berasaskan retinol yang dipasarkan.

Malah mungkin pertambahan penemuan pada ekstrak tanaman meningkat yang dipercayai memiliki khasiat bermanfaat seperti bawang merah.

2. Produk mesra kulit

"Saya fikir kita akan terus melihat langkah ke arah lebih banyak produk mesra vegan dan pembungkusan yang lebih menarik," kata Ketua Pegawai Eksekutif Beauty & Seoul, Maree Kinder.

Kinder juga berkata kemungkinan besar pasaran akan beralih daripada sheet mask kerana penggunaan sekali pakai dan lebih kepada wash-off mask.

“Saya melihat banyak jenama dikeluarkan menggunakan formula mesra kulit yang lebih sensitif dan formulasi lembut tanpa pewangi.

"Biasanya produk dengan bahan-bahan yang ditapai terkenal dengan sifat anti-penuaannya yang kini mendapat permintaan tinggi, contohnya teh yang ditapai seperti teh kombucha," katanya.

3. Produk serbaguna

Pakar kecantikan Korea, Coco Park, atau lebih dikenali sebagai The Beauty Wolf berkata, K-beauty berhasrat untuk mensasarkan trend ke arah rutin yang lebih ringkas dan menjimatkan masa.

Park berkata produk serbaguna sememangnya mampu menarik perhatian orang ramai untuk membelanjakan wang mereka tanpa berfikir dua kali.

"Mana-mana produk yang boleh memanjakan kulit disamping menjimatkan masa pasti akan menjadi kegemaran baharu pelanggan," ujarnya.

4. Produk penjagaan kulit yang berkhasiat

"Saya mengharapkan K-beauty tahun ini dapat mewujudkan trend pembelian produk penjagaan kulit berasaskan keberkesanan yang menampilkan ramuan seperti vitamin C, retinol dan AHA/BHA," kata influencer kecantikan dan pengasas Oh My Gloss, Sarah Oh.

Menurutnya, pandemik Covid-19 mungkin tidak akan hilang dalam masa terdekat malahan semakin ramai mencari cara untuk memastikan kulit mereka berada dalam keadaan baik di rumah selepas memakai topeng muka sepanjang hari.

"Kebanyakan masyarakat kini terdorong mencari produk penjagaan kulit yang berkualiti untuk keperluan kulit yang berbeza seperti anti penuaan, mencerahkan kulit, mengurangkan jerawat dan menghaluskan kulit," kata Sarah.

5. Mengandungi vitamin A

Pencipta ramuan kecantikan, Elise Lee, juga dikenali sebagai Dot Dot Skin, mendedahkan bahawa vitamin A juga sohor di mata dunia.

Elise berharap akan lebih banyak produk penjagaan kulit dari Korea yang mengeluarkan produk retinol tahun ini.

"Kita juga akan mensasarkan lebih banyak produk rawatan kulit berpunca daripada penggunaan topeng seharian disamping mengeluarkan solekan yang tahan lebih lama seperti produk bibir dan bedak asas,” katanya.

6. Produk mesra kepada kulit sensitif

"Saya melihat rangsangan kecantikan minimalis dengan formula yang mengandungi tidak lebih daripada 10 bahan bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif," kata pengasas Kosame Beauty, Mélusine Tran.

Tran berkata, kulit sensitif antara masalah yang meningkat saban tahun dan pastinya ia berkait rapat dengan gaya hidup mereka yang tertekan sekaligus pencemaran udara di kawasan bandar.

7. Kecantikan berteknologi tinggi

Sepanjang 10 tahun yang lalu, permintaan untuk peranti kecantikan rumah berteknologi tinggi seperti topeng muka LED dan pembersih muka ultrasonik telah meningkat secara berterusan.

Dan tentu saja, Covid-19 mempercepatkan tren ini dengan inovasi dalam teknologi kecantikan rumah yang kini mendapat permintaan di seluruh dunia.

"Saya berharap produk kecantikan seterusnya dari Korea tidak akan datang daripada jenama penjagaan kulit produk tempatan korea, sebaliknya daripada teknologi besar Korea seperti LG atau Samsung," kata pakar kecantikan dan pengasas platform kecantikan Soko Glam, Charlotte Cho.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

kbeauty, kecantikan, korea, viral

Artikel Lain