suria

Semalaman tubuh diratah, layan suami balik ‘outstation’ awal... Bangun pagi badan lebam-lebam, rupanya isteri bersetubuh dengan jin!

Ika menangis selepas menyedari badannya lebam dan luka.

MENDENGAR deruman enjin kereta masuk ke perkarangan rumah, Ika yang sedang berada di dapur berlari keluar ke ruang tamu sambil menyelak langsir.

Dia terus tersenyum melihat Toyota Hilux milik suaminya, Asmadi berhenti di bawah garaj sebelum membuka pintu dan menyapa kesayangannya itu.

"Abang kata empat hari pergi sana. Kenapa balik awal?" soal Ika sambil menyambut tangan suaminya yang tersenyum mesra di hadapan pintu rumah mereka.

Sambil berjalan masuk, Asmadi berkata jadual kerjanya di Pulau Pinang disingkatkan kerana ada mesyuarat penting untuk dihadiri di ibu kota esoknya.

Kepulangan mengejut itu membuatkan Ika gembira kerana sudah terlalu kerap dia ditinggalkan setiap kali Asmadi outsation di luar negeri.

lebam2

Isteri perlu tinggal sendirian setiap kali suami bekerja di luar kawasan. (Gambar Hiasan)

Selepas mandi, pasangan yang baru setahun berkahwin itu menikmati makan malam bersama sambil berborak tentang kehidupan seharian mereka.

"Abang rindu sayang, dah dua hari tak jumpa," ujar Asmadi manja sambil mencuit pinggul Ika selepas mereka selesai makan malam.

Sama seperti Asmadi, Ika juga meluahkan rasa rindu memandangkan mereka hidup berdua dan belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Housemate dah meninggal di kampung masa raya ‘balik’ jenguk rumah sewa, wanita nekad pindah

ARTIKEL BERKAITAN: Pelan-pelan masuk selimut peluk suami, isteri polis terlopong dapat tahu rupanya ‘hubby’ kerja malam... Siapa atas katil?

Dengan lirikan mata nakal, Asmadi terus menarik tangan Ika dan mengajaknya naik ke bilik mereka di tingkat atas.

Hangat bagaikan malam pertama, Ika rebah dalam pelukan Asmadi tatkala mereka bermadu asmara di sebalik lampu kamar yang malap itu.

Keesokannya, Ika tersedar kira-kira jam 7.30 pagi dan melihat Asmadi tiada di sisinya.

"Abang... abang," jerit Ika manja kerana menyangka suaminya turun ke ruang tamu di bahagian bawah.

Ika bangkit untuk ke bilik mandi bagi mencuci muka serta memberus gigi, namun dia terkejut melihat keadaan tubuhnya ketika melewati cermin besar yang diletakkan di sisi katil.

305758944_8358923070799365_6329776256514328500_n

Kesan calar jelas dapat dilihat pada lengan. (Gambar Hiasan)

Ika yang hanya memakai pakaian dalam terus panik apabila melihat bahagian tangan, paha, perut, punggung serta lehernya dipenuhi kesan lebam serta cakaran.

Pada waktu itu juga Ika baru menyedari terdapat kesan cakaran panjang dan kesan darah yang telah kering pada badannya.

Ika terus berlari ke bawah untuk mendapatkan suaminya, namun kelibat Asmadi tidak kelihatan dalam kediaman itu, malah keretanya juga tiada.

"Abang, abang kat mana? Badan sayang lebam tiba-tiba, penuh dengan kesan luka," luah Ika menangis ketika menghubungi suaminya.

Asmadi yang terkejut menerima panggilan itu terus meminta Ika bertenang dan berkata dia akan pulang pada hari itu.

Mendengar kata-kata suaminya, Ika sekali lagi bertanya untuk kepastian kerana dia tidak percaya bahawa suaminya masih lagi berada di Pulau Pinang.

"Habis tu, siapa yang balik petang semalam?" soal Ika yang makin panik.

334958099_5862564193856289_1431278748882840745_n

Gangguan jin di kediaman boleh menyebabkan trauma kepada penghuni. (Gambar Hiasan)

Ika terus menggapai kain tuala dan berlari ke kawasan luar rumahnya sambil menangis ketakutan untuk meminta bantuan jirannya.

Selepas balik ke Kuala Lumpur pada hari yang sama, Asmadi terus membawa Ika untuk bertemu dengan seorang pengamal perubatan tradisional di Ijok, Selangor.

Menurut bomoh itu, rupanya Ika bersetubuh dengan jin yang sudah lama mendiami rumah mereka.

Dakwa bomoh tua itu, jin berkenaan sering memerhatikan Ika yang bersendirian setiap kali Asmadi keluar bekerja di luar negeri.

Sejak kejadian itu, Asmadi banyak menemani isterinya dan mereka terus berpindah rumah pada bulan berikutnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain