suria

Misteri pintu diketuk tengah malam... Lelaki ini dedah ia amalan ilmu hitam dan rumah di tapak kediaman jin

Misteri ketukan pintu masih menjadi tanda tanya.

KEBELAKANGAN ini kita digemparkan dengan kejadian ketukan pintu rumah yang sehingga kini diselubungi misteri.

Insiden yang pada mulanya dilaporkan di Sabak Bernam, Selangor itu kini dikhabarkan telah merebak ke beberapa negeri dan terbaharu di Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar misteri ketukan pintu di Pahang pula, bau busuk seperti bangkai

Tidak hanya ketukan pintu, ada juga yang mendakwa terlihat kelibat lembaga menakutkan selain ada kejadian di mana kanak-kanak ternampak lembaga seperti pocong dan berulang kali memberitahu ada orang datang ke rumah meskipun tiada gangguan ketukan pintu.



Misteri ini bukan sahaja berlaku di satu tempat malah sudah merebak ke tempat lain.

Menurut Amir Syamsul Rijal menerusi catatan di Facebook miliknya, berdasarkan pengalaman diri sendiri, misteri itu boleh berlaku disebabkan beberapa perkara termasuklah gangguan jin.

Katanya, gangguan ini berlaku disebabkan tapak kediaman seseorang berkemungkinan tapak perkampungan jin. Gangguan ketukan pintu itu biasanya menggangu tidak lebih daripada tiga buah rumah berdekatan.

"Ia tidak memberi kesan kepada tuan rumah kerana tindakan itu lebih kepada 'gurauan' kepada manusia," katanya.

Dalam pada itu, Amir turut berkongsi pengalaman satu kejadian di Muar, Johor apabila sebuah rumah yang didiami warga emas tiba-tiba diketuk dan apabila dibuka muncul makhluk kenit membawa kendi emas.

Paling membimbangkan, sekiranya ada rumah yang menerima gangguan ketukan pintu, penghuni rumah tersebut boleh terkena tempias gangguan ilmu hitam tersebut.

AMIR SYAMSUL RIJAL

Lebih menyeramkan katanya, ia meminta air daripada tuan rumah kerana bekalan air di tempat persembunyiannya kering kontang disebabkan musim kemarau.

"Setelah orang tua itu mengisi air di dalam kendi emas itu, orang kenit itu terus menghilangkan diri ke dalam hutan di hadapan rumah warga emas itu," ceritanya.

Sementara itu, Amir memberitahu kejadian itu berlaku mungkin disebabkan perbuatan khianat seseorang yang mengamalkan ilmu hitam selain gangguan lain seperti penampakan makhluk di atas bumbung dan sebagainya.

"Jika kita lihat kejadian ini berlaku lebih daripada tiga kali dan adatnya sehingga 40 kali dan ia tidak berlaku di satu kawasan sahaja sebaliknya ia merebak ke negeri lain.



Dalam satu kejadian, ada yang berjaya merakam kehadiran kelibat seperti pocong muncul selepas pintu rumah diketuk.

"Ini berkemungkinan sebagai mencukupi syarat bagi melengkapkan ilmu hitam yang sedang didalami seseorang.

"Paling membimbangkan, sekiranya ada rumah yang menerima gangguan ketukan pintu, penghuni rumah tersebut boleh terkena tempias gangguan ilmu hitam tersebut," katanya.

Bagi mengelakkan sebarang gangguan katanya, terdapat beberapa cara mengatasi gangguan ketukan misteri termasuklah membaca Al-Fatihah (sekali), Selawat (3 kali), Ayat Kursi (7 kali).

Selepas membaca ayat-ayat tersebut, hembus pada tapak tangan dan ketuk pintu rumah sebanyak tujuh kali dan amalkan setiap malam.

Bagaimanapun sebagai umat Islam seseorang perlu percaya setiap yang berlaku itu ialah atas izin Allah. Namun sebagai makhluk, kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah kerana sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyanyang.

Jangan sesekali kita berjumpa dengam bomoh yang mengamalkan perubatan bertentangan dengan ajaran Islam kerana ia akan membawa seseorang kepada syirik kepada Allah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain