suria

Tandas rumah melekat bau wangi macam hotel... Ramai gembira akhirnya jumpa tip berkesan, pewangi biasa tak tahan lama

Tandas yang harum pastinya lebih selesa untuk digunakan.

TANDAS di hotel sering diletakkan sebagai penanda aras bagi aspek keselesaan, kebersihan dan keharumannya.

Antara perkara yang dikagumi ramai adalah bau harum berterusan di kebanyakan tandas hotel.

Melalui satu hantaran di laman TikTok, seorang lelaki dikenali sebagai Lulusta berkongsi cara untuk menjadikan tandas di rumah mempunyai bau yang menyenangkan, sama seperti di hotel.

"Aku belajar tip ini daripada kawan aku yang merupakan seorang pemilik hotel," ujar Lulusta.

Jom kita lihat bagaimana caranya!

Bahan-bahan:

1) Beras

2) Bekas kosong

3) Pati minyak wangi bauan limau (essential oil)

Proses mudah mewangikan tandas yang menjanjikan kepuasan.

Langkah-langkah:

1) Masukkan beras ke dalam bekas kosong sehingga hampir penuh.

2) Titiiskan pati minyak wangi ke atas beras sehingga haruman dapat dihidu.

3) Jangan tutup bekas dengan penutup, biarkan ia terbuka dan letakkan di tempat yang bersesuaian di dalam tandas. Siap!

Tandas anda boleh kekal harum antara empat hingga enam bulan, petua ini berfungsi apabila pati minyak wangi yang dititiskan tersalut pada butir beras dan secara perlahan-lahan tersejat ke udara.

Di ruangan komen, warga maya dilihat teruja dengan perkongsian Lulusta.

"Akhirnya jumpa cara untuk bagi tandas harum buat jangka masa yang lama, kalau letak pewangi biasa, beberapa minggu selepas tu mesti dah hilang aromanya," demikian kata pelayar.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Lulusta

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain