suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sayang nak buang... Ikuti cara mudah bezakan bateri lama atau baharu

Bateri sel kering digunakan dalam banyak peralatan elektronik. -Gambar hiasan

PERCAYA atau tidak, anda pasti pernah menemui bateri di rumah tanpa disangka-sangka, sama ada di dalam laci atau atas meja.

Hendak dibuang rasa sayang pula, kerana boleh jadi ia masih baharu dan masih mempunyai 'jus' kuasa untuk digunakan lagi.

Jadi, apakah cara mudah dan pantas untuk menentukan sekiranya bateri itu sudah lama terbiar atau sebaliknya?

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Jason di TikTok berkongsi tentang langkah-langkah untuk menentukan usia kasar bateri.

1. Ambil dua bateri dan jatuhkan ke atas permukaan meja atau lantai.

Bateri lama (kiri) dan bateri baharu (kanan).

2. Lihat impak ketika bateri jatuh. Bateri yang melantun beberapa kali bermaksud bateri lama kerana sudah kosong isi dalamnya.

Impak lantunan bateri lama dan bateri baharu.

3. Bateri yang tidak melantun adalah bateri baharu, kerana masih penuh.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain