suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cara jimat poket singkatkan langsir terlebih panjang... Tak perlu potong, DIY je guna kaedah mudah ini

Gambar sebelum (kiri) dan selepas langsir yang terlebih panjang dibaiki.

ADA kalanya ketika membeli langsir untuk menghias rumah, boleh berlaku kesilapan dalam ukuran sehingga menyebabkan ia kelihatan labuh daripada yang sepatutnya..

Perkara sedemikian boleh mencacatkan pemandangan apabila melihat kain langsir meleret di atas lantai.

Untuk memperbaikinya, seseorang itu boleh menghantar langsir tersebut ke kedai jahit tetapi ia memerlukan masa dan akan menelan perbelanjaan tambahan.

Melalui satu hantaran di Facebook Ahmad Syahril Moh, ada dikongsikan cara untuk seseorang itu memperbaiki sendiri langsir yang agak labuh.

Ayuh kita lihat, cukup mudah dan pantas!

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) Gam kasut

2) Seterika

Langkah-langkah:

1) Buat ukuran semula dan lipat langsir supaya kepanjangannya tidak mencecah lantai

Langkah pertama

2) Letakkan gam kasut pada bahagian tepi kain langsir yang hendak dilipat

Langkah kedua

3) Tekapkan seterika yang sudah dipanaskan pada kain langsir supaya gam mencair dan melekap dengan kemas

Langkah ketiga

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain