suria

Kucing tak mampu melihat warna dengan baik... yang pasti ia pemburu luar biasa dalam gelap!

Ada warna yang tidak dapat dilihat oleh kucing seperi merah dan jingga.

TIDAK seperti manusia yang mampu melihat pelbagai warna, kucing sebenarnya tidak mempunyai kebolehan itu namun ia memiliki kelebihan lain dan luar biasa.

Kucing memiliki kemampuan unik untuk melihat dalam kegelapan dan itu menjadikan mereka pemburu terbaik pada waktu malam meskipun mereka tidak mampu membezakan warna.

ARTIKEL BERKAITAN: Langsung tak boleh berenggang! Rupa-rupanya ada sebab kucing setia tunggu depan pintu ketika tuannya masuk bilik air

Kucing dapat melihat beberapa jenis warna tetapi adakah ada warna tertentu yang dapat dilihatnya dengan baik? Kucing dapat melihat gelombang cahaya biru-ungu dan kuning-hijau tetapi tidak warna merah dan jingga.

Kucing

Kucing mempunyai kelebihan memburu dalam gelap.

Haiwan ini mirip dengan anjing yang mampu melihat sesuatu dalam warna kuning, kelabu selain hijau.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Oleh sebab itu, permainan yang berwarna-warni tidak akan merangsang kucing dengan cara yang sama seperti permainan yang bergerak.

Mainan terbaik untuk kucing adalah mainan yang menggunakan nalurinya.

Bagaimanapun di sebalik kelemahannya mengesan warna, kucing adalah pemburu malam yang cukup hebat dan mampu menangkap benda yang bergerak dalam gelap.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain