suria

Grab mudahkan rakyat, perkenal banyak tawaran sempena PKP! PKS, rakan peniaga, rakan penghantar pun dapat bermacam manfaat

Grab tidak mengenakan caj komisen untuk pesanan pengambilan sendiri yang dibuat menerusi aplikasi Grab.

SEJAK negara dilanda pandemik Covid-19 dan pengenalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan pada Mac tahun lalu, perniagaan-perniagaan telah menghadapi pelbagai cabaran.

Atas dasar itu, Grab sebagai sebuah syarikat tempatan, komited untuk melindungi pendapatan ekosistem rakan kongsinya - rakan pemandu, rakan penghantar, rakan peniaga dan masyarakat secara keseluruhannya.

PKP kali kedua di seluruh negara, berkuatkuasa pada 13 Januari hingga 26 Januari 2021 juga telah membuatkan Grab lebih komited dalam menyokong dan menjadikan syarikatnya satu keutamaan dalam situasi sukar ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Cerita rakan Grab musim pandemik... kena rajin kerja, baru boleh buat duit

Antara langkah segera yang diambil Grab termasuklah mengurangkan lagi had komisen sebanyak lima peratus untuk semua rakan peniaga 'Food dan Mart' di seluruh negara bermula 13 Januari lalu sehingga 10 Februari 2021.

Grab juga tidak mengenakan caj komisen untuk pesanan pengambilan sendiri yang dibuat menerusi aplikasi Grab dalam tempoh sama dan membolehkan pra-pesanan tanpa sentuhan dan bayaran tanpa tunai, menjadikan operasi restoran atau kedai yang lebih selamat.



Rakan penghantar Grab memudahkan urusan kita sepanjang PKP.

"Dengan SOP baharu untuk perniagaan dan restoran, Grab telah memulakan inisiatif berikut bagi membantu rakan peniaga di platform Grab untuk berkembang terutama dengan kehilangan pelanggan yang mengunjungi kedai mereka.

"Ia turut memastikan masyarakat masih boleh mendapatkan keperluan harian mereka dengan selamat, mudah dan berpatutan," kata Grab dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Grab memperkenalkan kembali kempen 'Local Heroes' dalam meningkatkan kesedaran masyarakat menerusi pelbagai saluran pemasaran dan digital.

Kempen itu diperkenalkan semula ekoran peniaga yang mengambil bahagian dalam ‘Grab Local Heroes’ menyaksikan peningkatan penjualan sehingga 43 peratus dan ia mampu membantu meningkatkan kesedaran tentang perniagaan mereka kepada pelanggan.

"Selain itu, dengan platform GrabMerchant yang diperbaharui, rakan peniaga juga akan mempunyai lebih autonomi untuk menguruskan kedai dalam talian mereka terutama jika kehabisan stok atau tidak dapat memenuhi pesanan.

"Di samping itu, rakan peniaga Grab juga dapat memanfaatkan saluran media sosial untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dengan pautan dalam unik (link) yang dihasilkan sendiri melalui platform GrabMerchant.



Grab memperkenalkan kembali kempen 'Local Heroes' dalam meningkatkan kesedaran masyarakat menerusi pelbagai saluran pemasaran dan digital.

"Lebih ramai pelanggan akan bergantung pada perkhidmatan penghantaran, oleh itu Grab berusaha menyediakan akses lebih mudah dan berpatutan untuk keperluan harian, sambil menolong mereka untuk berjimat dalam perbelanjaan," kata kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, Grab memberitahu selari dengan usaha pihaknya menyokong peniaga kecil dan PKS, Grab turut mengurangkan kos penghantaran untuk peniaga Food dan Mart terpilih dan berdekatan serendah 50 sen.

Grab memberitahu usaha mendigitalkan perniagaan kecil turut menyaksikan lebih daripada 100 medan selera dengan hampir 1,000 gerai penjaja terdapat dalam platform Grab.

"Pelanggan boleh terus menikmati nasi lemak, char kuey teow, kopi ais dan makanan lain dari pelbagai gerai makanan berbeza dengan ‘Mix & Match’ dan hanya satu pembayaran penghantaran," jelas kenyataan itu.

Tidak terhenti di situ, bermula 22 Januari 2021, pelanggan dapat menggunakan kod promo FREEDEL bagi menikmati pelbagai hidangan restoran ‘Signature’ kegemaran mereka, dengan penghantaran percuma tanpa had.

Untuk lebih banyak penjimatan, bermula dari 15 Januari hingga 17 Januari, GrabRewards akan menawarkan pulangan mata ganjaran sebanyak 40 peratus untuk sebarang baucar Food, Mart atau Express.

"Pihak Grab menggalakkan pelanggan untuk merancang pesanan mereka bagi mengelakkan sebarang masalah dan menggunakan penghantaran tanpa sentuh dan tunai bagi membendung dan memutuskan penularan Covid-19," kata kenyataan itu lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain