suria

Bukan setakat sedap dimakan... atasi masalah kutil, putihkan gigi antara 5 kelebihan pisang

Pisang bukan sahaja enak tetapi mempunyai pelbagai manfaat.

BUAH pisang memang mempunyai pelbagai khasiat namun selain dimakan, ia ternyata mempunyai banyak manfaat lain.

Memandangkan ia cepat busuk, ramai di antara kita yang terpaksa membuangnya tanpa sempat dimakan. Bagaimanapun, dengan sedikit kreativiti, sisa seperti kulitnya dapat digunakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dalgona Coffee, BPN, 7 Hari Mencintaiku antara carian tertinggi Google Malaysia 2020

Reader's Digest menyenaraikan lima kegunaan pisang selain dimakan.

1. Membuat masker wajah

Manjakan diri anda dengan memakai masker menggunakan bahan semula jadi. Pisang mampu membuatkan kulit lebih lembut dan lembap. Cara membuatnya juga cukup mudah, anda hanya perlu menghancurkan pisang sehingga halus.

Oleskan ke bahagian wajah dan leher dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas dengan air.

2. Melembutkan daging

Daun pisang banyak digunakan di negara Asia untuk membungkus ikan, ayam dan daging panggang. Ia bukan sahaja sebagai pembalut namun daun pisang mampu menjadikan daging lebih lembut.

Selain daunnya, batang pisang juga sering digunakan dalam masakan terutamanya yang menggunakan daging bagi melembutkannya selain ia enak dimakan.

3. Baja

Sama seperti buahnya, kulit pisang juga kaya dengan kalium yang menjadi nutrisi penting untuk pelbagai jenis tanaman. Kulit pisang dapat dihancurkan menjadi baja.

4. Menghilangkan kutil

Kutil yang tumbuh pada bahagian leher atau badan boleh mengganggu selain ia sukar dihilangkan. Jangan bimbang, kulit pisang mampu menghilangkan kutil.

Caranya juga mudah, hanya tempelkan kulit pisang bahagian dalam pada kutil dan tampal dengan plaster luka semalaman. Ulang proses sama selama beberapa hari dan anda akan dapati kutil akan tertanggal dengan sendirinya.

5. Memutihkan gigi

Semua orang mengimpikan gigi yang putih bak mutiara, tapi sanggupkah kita mengeluarkan belanja besar untuk menjalani rawatan pemutihan gigi?

Tak perlu bimbang, kulit pisang boleh membantu anda kerana ia kaya dengan kandungan asid sitrat yang membantu menghilangkan kotoran pada permukaan gigi.

Selepas menggosok gigi, gosokkan kulit pisang pada gigi selama dua minit setiap hari dan anda akan lihat hasilnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain