suria

Teringin nak beli sofa baru? Ini 7 petua untuk mudahkan anda buat pilihan

Terdapat beberapa tip sebelum membeli sebuah sofa idaman anda.

RUMAHKU, syurgaku! Itulah perumpamaan sesuai untuk menggambarkan kediaman kita yang damai, tenang serta tempat berehat dan bersantai selepas seharian penat bekerja.

Biasanya, balik sahaja ke rumah, tempat pertama yang kita tuju adalah ruang tamu untuk berehat di sofa yang empuk dan selesa.

Oleh sebab itulah pentingnya memilih sofa yang sesuai untuk keperluan diri dan keluarga. Tidak ada siapa yang mahu sofa yang keras dan berbunyi setiap kali bergerak misalnya ketika mengambil alat kawalan jauh atau minuman.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

Apa yang paling penting adalah fungsi, gaya, keselesaan dan reka bentuk yang memberikan ciri tersendiri kepada dekor sesebuah rumah.



Bagi pasangan baharu berkahwin, membeli kelengkapan perabot adalah satu kemestian.

Ruang sendiri, cara tersendiri!

Bagi yang dalam proses membeli rumah pertama, selain soal pinjaman dan urusan jual beli, perabot yang menggambarkan citarasa, keselesaan dan tahan lama turut menjadi perhatian. Paling utama, ia tidak melibatkan kos tinggi!

Jangan bimbang, Harvey Norman yang telah bertapak sejak 2003 mempunyai pelbagai kelengkapan rumah dan perabot termasuk beraneka jenis sofa sesuai dengan citarasa masing-masing.

Ini termasuklah untuk pasangan pengantin baru yang membeli rumah pertama atau pun bagi mereka yang ingin mengubah citarasa dan dekorasi kediaman selepas sekian lama menggunakan sofa sama.

Atau mungkin sofa anda sudah rosak disebabkan haiwan kesayangan mencakarnya - Inilah masanya untuk menukar yang baharu!

Penyelesaiannya adalah untuk datang sendiri ke Harvey Norman, kerana mereka bukan sahaja menjual pelbagai jenis sofa tetapi turut memberi khidmat nasihat serta petua ketika memilih perabot sesuai dengan bajet dan keperluan anda.



Pemilihan sofa juga perlulah bersesuaian apatah lagi jika ada anak-anak di rumah.

1. Saiz main peranan penting

Sudah tentu, sebelum membeli sofa, perkara yang paling penting untuk dilakukan adalah untuk menyemak saiz ruang tamu anda terlebih dahulu!

Jika anda mempunyai ruang tamu yang lebih kecil, penyelesaian terbaik adalah dengan mendapatkan sofa dengan dua tempat duduk berbanding tiga tempat duduk. Bagaimanapun, bagi mendapatkan ruang yang selesa, anda juga boleh memilih sofa jenis modular.

Bagusnya mengenai sofa jenis ini, ia dapat dipisahkan kepada bahagian berasingan dan dipindahkan dengan mudah sekiranya ada rakan-rakan atau saudara yang melawat ke rumah.



Lifestyle Plus Verna Sofa Fabrik Berbentuk-L.

Memang keluasan ruang tamu perlu diambil kira tetapi kita juga perlu memikirkan bentuk sofa paling sesuai dengan ruang tamu. Sebaik-baiknya, bawa pita pengukur ketika membeli sofa.

Mana tahu anda mungkin ingin membeli kerusi tambahan dan pita pengukur boleh membantu anda sebelum membuat sebarang pembelian. Harus diingat, setiap rumah mempunyai keluasan berbeza dan ada yang lebih suka ruang kosong atau lebih banyak perabot.

Pertimbangkan sofa Lifestyle Plus Verna L-Shape Fabric Sofa yang datang dengan tempat sandar kepala yang boleh dilaraskan selain busa berketumpatan tinggi memberikan keselesaan ketika duduk dan rekaannya pula cukup sederhana.



Lifestyle Plus Avatar Sofa Kulit Modular Bersandar Berkuasa.

Namun jika anda ingin sesuatu yang lebih mewah, pilihan sarung kulit turut disediakan.

Lifestyle Plus Avatar Sofa Kulit Modular Bersandar Berkuasa pula dilengkapi kulit penuh, dengan ciri tambahan pilihan seperti fungsi USB, sandaran kepala boleh laras dan pilihan penutup kain.

2. Warna sofa ceriakan anda

Tidak hanya tentang ketahanan dan keselesaan, skema warna sesuatu sofa turut memberi kesan berbeza kepada ruang tamu kediaman anda.

Adakah anda suka warna merah dan jingga atau anda lebih cenderung kepada ton warna yang neutral?



Lifestyle Burges Sofa Fabrik.

Pertimbangkan soal warna sofa yang anda pilih agar ia berintegrasi dengan skema warna rumah dan perabot sedia ada.Atau mungkin anda ingin menambah warna pada latar belakang ruang tamu bagi menjadikan sofa anda tampak menonjol.

Seperti sofa fabric Lifestyle Burges berwarna hijau muda pula, ia didatangkan dalam dua dan tiga tempat duduk dengan kemasan kaki berwarna emas yang menyerlahkan reka bentuknya.



Lifestyle Zoli Sofa Fabrik Boleh Basuh.

Sekiranya anda lebih cenderung kepada ton warna yang lebih klasik dan selamat, pertimbangkan sofa berwarna biru cair menggunakan sarung boleh dicuci, Lifestyle Zoli 3 + 2 dengan kemasan kaki Skandinavia.

Masih dalam ton yang lembut dan klasik, jika anda mencari ciri tambahan fabrik yang mudah dibersihkan, Lifestyle Plus Jiven Sofa Boleh Laras Berbentuk-L patut dipertimbangkan kerana ia dilengkapi dengan jaminan struktur selama 10 tahun dengan pelbagai penyesuaian - tanpa tempat meletakkan tangan, dua, tiga atau empat tempat duduk atau berlapiskan kulit.



Lifestyle Plus Jiven Sofa Boleh Laras Berbentuk-L.

3. Butiran beri nilai tambah keselesaan anda

Ciri dan fungsi turut memainkan peranan dalam pemilihan sesuatu sofa selepas menentukan ukuran dan reka bentuk dan warna yang anda mahukan.

Contohnya, anda mungkin tinggal di pangsapuri studio yang tiada gangguan. Dalam kes ini, sofa yang dilengkapi dengan ruang penyimpanan tersembunyi berfungsi untuk dua tujuan; ruang simpanan yang tidak dapat dilihat dan ia tidak memerlukan ruang tambahan.



Merlino-Capri Sofa Katil Fabrik Nappa.

Tidak hanya sekadar tempat bersantai, rekaan sofa hari ini banyak dilengkapi dengan pelbagai ciri seperti tempat sandar kepala yang boleh disesuaikan sama ada menggunakan mekanisme manual atau elektrik serta hab USB untuk peranti mudah alih dan lampu membaca.

Semua ciri ini direka untuk memaksimumkan keselesaan anda, jadi fikirkan apa yang penting buat anda kerana sofa akan kekal lama bersama anda.



Koleksi Lifestyle Plus Cabbian.

Oleh itu, mengapa tidak pertimbangkan Merlino-Capri Sofa Katil Fabrik Nappa yang dilengkapi dengan ruang penyimpanan. Bukan hanya kain Nappa yang disertakan dengan sentuhan halus dan mudah dibersihkan, terdapat juga tempat tidur sofa Ottoman dan tarik keluar tambahan dan pilihan untuk diubah ke kiri atau kanan.

Koleksi Lifestyle Plus Cabbian membolehkan pencinta sofa memilih versi kulit atau fabrik penuh, dan salah satu cirinya termasuk pilihan tempat duduk dengan hab USB, atau sarung penutup kulit atau kain.



Lifestyle Plus Marini Sofa Fabrik Boleh Basuh.

4. Sokongan tambahan

Adakah kaki anda berada pada posisi betul semasa duduk di sofa atau adakah anda lebih suka duduk bersila atau ketinggian tempat penyandar tangan sesuai ketika anda menonton televisyen? Sokongan tambahan sebenarnya memainkan peranan dalam memaksimumkan keselesaan anda.

Sokongan kepala dan leher yang terbaik untuk keselesaan anda dan keluarga dapat menentukan sama ada anda memilih sofa yang tinggi atau rendah atau sandaran tangan lebih tinggi dan lebar untuk sokongan lebih baik (juga bagus untuk meletakkan dulang makanan dan minuman).



Lifestyle Pasco dan Lifestyle Plus Pasco Deluxe Sofa Fabrik Boleh Basuh.

Reka bentuk lengan sofa berbentuk bulat adalah paling baik untuk mereka yang suka tidur di sofa, sementara sofa dengan lengan lurus dan lebih tinggi daripada kedudukan tempat duduk memberikan visual moden.

Lifestyle Pasco dan Lifestyle Plus Pasco Deluxe Sofa Fabrik Boleh Basuh dalam reka bentuk retro-moden mungkin untuk anda. Ia bukan sahaja terdapat dalam pelbagai pilihan tempat duduk, ia turut datang dengan bantal belakang, span berketumpatan tinggi dan sokongan tinggi - sesuai untuk individu yang tinggi memandangkan kakinya diperbuat daripada kayu empat inci.

5. Pentingkan perlindungan

Jenis pelapik atau penutup yang anda pilih untuk sofa juga mampu mempengaruhi penampilan sofa seperti warna dan reka bentuknya.

Faktor haiwan peliharaan atau sekiranya anda gemar mengadakan parti dapat menentukan sama ada anda mahu pelapik sofa kain yang mudah dibersihkan dan tahan lama.

Pelapik kain memberikan keselesaan tertentu, sementara kain Itali dengan kemasan suede memberikan sentuhan glam.

Merlino-Lara Sofa Fabrik Nappa direka dengan tempat meletakkan lengan yang tirus dan tempat duduk selesa an lembut, memberikan tambahan moden kepada apa juga jenis ruang, sama ada anda memilih edisi cokelat pucat atau biru laut.

Spektrum pilihan lain adalah kulit berkualiti tinggi yang tidak hanya kekal lama dan mudah dibersihkan tetapi juga tahan lama.

Selain pelbagai jenis sofa kulit di Harvey Norman yang dapat memenuhi citarasa dan bajet anda, terdapat juga perlindungan produk Guardsman selama tiga tahun untuk sofa kulit.

Sofa kulit 3-tempat duduk Lifestyle Cassia pula tampil dengan rekaan moden tetapi sederhana dan boleh dimiliki dalam versi sarung kain.

6. Berdiri teguh seiring kehidupan dan masa

Sama ada fabrik dan kusyen yang selesa, anda juga perlu memastikan kerangka sofa yang dipilih kukuh agar ia dapat digunakan dalam jangka masa panjang.

Ketahanan sofa yang dipilih bergantung kepada pilihan bingkainya dan salah satu cara untuk memeriksa sama ada ia tahan adalah dengan mengangkat satu kaki sofa dan melihat adakah kaki yang lain turut naik secara serentak.

Sekiranya dua kaki sofa tidak terangkat secara serentak, itu mungkin petanda terdapat kelemahan pada bingkai sofa.



Kombinasi keselesaan, rekaan, warna dan ciri tambahan sangat penting bagi memastikan sofa anda tahan lama.

Sofa yang terdapat di Harvey Norman dibuat menggunakan kayu meranti yang cukup sesuai untuk kegunaan dalam dan luar rumah; kayu ini dipilih untuk perabot luar rumah adalah bukti ia taha lama untuk kegunaan jangka panjang.

Bukan itu sahaja, sofa di Harvey Norman didatangkan dengan jaminan dua tahun untuk fabrik, span dan ciri motor (jika ada, seperti tempat duduk) dan jaminan 10 tahun untuk bingkai kayu.

7. Cantik di mata, dompet pun tak kering!

Berpindah ke kediaman baharu adalah langkah besar dan komitmen kewangan seumur hidup, jadi kami memahami bahawa apa yang tinggal dalam bajet untuk mencantikkan dekorasi rumah mungkin menjadi cabaran.

Menariknya, sofa fabrik lebih menjimatkan dan kebiasaannya ia datang dalam pelbagai jenis warna, reka bentuk dan gaya.

Namun jika anda mempunyai bajet yang lebih, maka pertimbangkan sofa kulit yang lebih mewah dan berkualiti tinggi sesuai dengan pelaburan dibuat.

Sentiasa di sini untuk anda

Memilih sofa yang sesuai dapat menjadikan kehidupan anda lebih baik dan di Harvey Norman, pilihan menjadi lebih mudah kerana ia menawarkan pelbagai jenis produk dan harga yang tidak dapat ditandingi serta memenuhi cita rasa buat yang gemarkan ciri mewah dan ekomoni.

Jadi apa tunggu lagi, berbelanjalah di Harvey Norman kerana mereka turut menawarkan fleksibiliti untuk menyimpan tempahan anda selama tujuh hari sekiranya anda tidak dapat membuat keputusan segera untuk membuat pembelian.

Semua sofa yang dibeli di Harvey Norman didatangkan dengan jaminan dan perkhidmatan pemasangan perabot asas. Lawati kedai Harvey Norman berhampiran anda atau layari www.harveynorman.com.my hari ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Sofa, Harvey Norman, Kelengkapan rumah,

Artikel Lain