BOLEH dikatakan kebanyakan pasangan yang baru berkahwin ingin menimang cahaya mata secepat mungkin.
Namun, ada kalanya kehamilan tidak berlaku secepat yang diharapkan, walaupun tanpa masalah kesihatan yang jelas.
Begitu juga bagi pasangan yang sudah lama berkahwin dan ingin menambah bilangan zuriat, percubaan demi percubaan gagal membuahkan hasil sehingga ada yang mengambil masa bertahun lamanya.
Mungkin ramai yang tidak tahu, dalam usaha untuk menimang cahaya mata, sebenarnya ada beberapa perkara yang dilarang untuk dilakukan.
Jom ikuti perkongsian daripada pakar perubatan, Dr Raihana Ismail mengenai empat pantang larang sekiranya mahu cepat hamil:
1. 'Bersama' setiap hari
- Sebenarnya wanita subur sekali sahaja dalam sebulan. Jadi, waktu yang tepat memainkan peranan penting untuk persenyawaan berjaya kerana sperma matang sekurang-kurangnya mengambil masa dua hari, manakala ovum hidup 24 jam sahaja dalam sebulan. Kalau 'terlepas' waktu subur bulan ini, perlu tunggu bulan depan.
Bagi yang merancang kehamilan, mereka disarankan mengetahui waktu subur isteri. -Gambar hiasan
2. Amalkan makan junk food atau makanan proses
- Ketika fasa penempelan, jagalah pemakanan. Elakkan juga makanan manis kerana badan akan berkeradangan tinggi menyebabkan dinding rahim kurang kenyal justeru penempelan susah berlaku.
3. Stres ketika 'bersama'
- Jika mahu cepat hamil, suami isteri tidak boleh stres. Ini kerana ransangan semula jadi sangat penting. Kalau stres, pintu pangkal rahim wanita tertutup rapat dan berada di atas, jadi susah membenarkan sperma-sperma 'berenang' masuk.
4. Terlebih olahraga
- Jangan terlebih berolahraga sama ada anda di fasa subur atau fasa penempelan. Jika terlebih exercise, apa yang berlaku, hormon kortisol meningkat manakala hormon seksual pula menurun. Maka ia mengganggu sedikit proses penempelan dan ovulasi.