suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makin ramai kahwin lambat, hamil lewat usia mencabar... Ini langkah yang perlu dilakukan

Kehamilan lewat usia mengundang pelbagai risiko kesihatan.

FAKTOR kerjaya dan gaya hidup masa kini membuatkan ramai memilih untuk hidup membujang, termasuklah lambat mendirikan rumah tangga.

Bagi golongan wanita, perkara yang perlu dititikberatkan adalah soal kehamilan terutama di usia lewat.

Ini kerana, mereka yang hamil di usia 35 tahun ke atas berkemungkinan menghadapi pelbagai risiko kesihatan.

Susulan itu, laman TikTok Masheface berkongsi maklumat mengenainya bagi menangani kebimbangan itu.

1. Kehamilan selepas usia 35 tahun dipanggil sebagai kehamilan usia matang.

2. Tidak mustahil untuk berlaku namun perlu lebih perhatian dari segi kesihatan.

3. Antara risiko yang perlu diberi perhatian adalah kencing manis ketika hamil (GDM), tekanan darah tinggi, masalah plasenta atau kelahiran pramatang dan kemungkinan bayi lahir dengan kromosom abnormal.

4. Wanita di usia ini digalakkan untuk aktif melakukan senaman ringan prenatal yoga atau jalan kaki.

5. Perlu juga mendapatkan rehat yang cukup dan kurang stres kerana mental yang tenang membantu kesihatan bayi dan ibu.

Artikel Lain