MUSIM monsun pada hujung tahun ini membawa beberapa ancaman kepada penduduk negara tropika. Antaranya kehadiran nyamuk lebih banyak daripada biasa, berikutan cuaca hujan yang menyediakan keadaan sempurna untuk proses pembiakan bagi serangga pembawa penyakit ini. Melalui satu hantaran di laman TikTok, ada dikongsikan beberapa jenis pokok hiasan yang boleh ditanam untuk membantu menghindari nyamuk daripada mendekati kediaman. Ayuh kita jadikan rumah bebas nyamuk di samping mencantikkan halaman! 1) Serai wangi Ia tidak boleh dimakan tetapi bau yang dikeluarkan oleh tumbuhan ini kurang digemari nyamuk. 2) Pudina Mempunyai aroma yang menenangkan kepada manusia, tetapi tidak sesuai dengan deria bau nyamuk yang sensitif. 3) Selasih Bau dihasilkan daun selasih sangat dibenci oleh nyamuk. Tumbuhan ini juga boleh digunakan bagi tujuan perubatan serta masakan. 4) Bunga kantan Bau yang dihasilkan tumbuhan ini menyebabkan nyamuk menjadi 'pening'. 5) Geranium Mempunyai bunga yang cantik dan berupaya menghalau nyamuk dengan efektif. 6) Marigold Bau yang dikeluarkan oleh tumbuhan ini adalah mirip seperti aeresol penghalau nyamuk, aromanya sangat kuat dan menyengat. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat! - Kedaibayi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube