suria

Ini 8 barang lama, rosak jika disimpan di rumah boleh jadi toksin! Kalau sayang nak buang, tanya 3 soalan kepada diri sendiri

Barang-barang yang tidak boleh digunakan perlu dibuang.

SESETENGAH barang yang terdapat dalam rumah mempunyai nilai sentimental dan memorinya tersendiri.

Tidak hairanlah apabila proses mengemas rumah dibuat, kenangan dan pengalaman lalu akan terimbau tatkala melihat barangan yang mempunyai 1001 kisah itu.

Dalam tidak sedar, sebenarnya barang yang disimpan terlalu lama mampu menjadi toksin di dalam rumah anda sendiri.

Sekiranya rumah anda terasa suram dan tidak berseri, beberapa tindakan segera perlu diambil sewaktu proses mencuci dan mengemas.

Menurut Bei Kudyn Khan, terdapat lapan barangan yang berkemungkinan menjadi toksin jika dibiarkan tanpa terusik di dalam rumah dalam tempoh yang lama.

Rumah yang sarat dengan barang boleh menjadi toksid.

1. Objek atau barang yang tidak digunakan lagi

2. Pakaian yang tidak disukai atau digunakan (pakai) seperti seluar dalam rosak

3. Barang yang rosak

4. Kad dan nota-nota lama

5. Tumbuhan yang mati atau sakit

6. Resit dan majalah lama

7. Kasut sama ada tapak atau fabrik yang pecah

8. Semua jenis barang atau perkara yang memanggil (mengimbau) masa lalu

9. Mainan anak-anak yang tidak digunakan lagi (rosak atau tidak berfungsi)

Menyedari sesetengah individu mengalami kesukaran untuk 'melepaskan' barang-barang lama, ada tiga soalan yang boleh ditanya kepada diri sendiri iaitu kenapa anda menyimpannya, adakah tentang anda hari ini dan apakah perasaan anda jika melepaskannya?

Jelas Kudyn, dengan membersihkan segala toksin di rumah, secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti kesihatan, mengembangkan kreativiti dan hubungan sesama individu menjadi lebih baik.

Selain itu juga, tahap penaakulan (kemampuan membuat sesuatu) juga menjadi lebih besar serta mood akan lebih baik.

Semasa proses mengasingkan barang, anda boleh membuat klasifikasi kepada tiga bahagian iaitu menderma, membuang dan menjual.

Rumah yang kemas dapat menambahkan kesihatan lebih baik.

Menurut Kudyn, perhatikan perubahan yang berlaku dalam diri anda selepas aktiviti pembersihan dibuat.

Katanya lagi, apabila membersihkan kediaman kita juga meletakkan ketertiban terhadap fikiran dan hati.

Kudyn turut menitipkan pesanan agar orang ramai melatih diri untuk membuang barang-barang yang hanya mengisi ruang semata-mata dan mengisi perkara atau alatan lebih penting.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain