suria

Ramai tak tahu anak autisme boleh dapat layanan VIP di KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2... Siap ada bilik terapi sensori

Anak kecil ini mendapat layanan istimewa ketika memakai Lanyard Butterfly di KLIA 2.

MENJAGA anak kecil yang menghidap autisme bukanlah satu tugas mudah kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi.

Bagi ibu bapa yang suka melancong, cabaran lebih besar untuk menguruskan anak di sepanjang perjalanan kerana salah satu ciri kanak-kanak autisme adalah mereka bersikap tidak fleksibel.

Golongan istimewa ini sukar untuk melalui sesuatu yang berbeza daripada rutin harian mereka dan akan cepat meragam jika berlaku perubahan.

Program di KLIA 2 ini memberikan kemudahan kepada kanak-kanak autisme.

Namun anda tidak perlu lagi risau, Zinnirah Ajman, 34, yang kerap berkongsi ilmu keibubapaan di TikTok ada mendedahkan satu tip berguna untuk membantu membawa anak autisme berjalan-jalan.

Ternyata ketika di KLIA Terminal 2, ada disediakan satu program yang dinamakan sebagai Butterfly Lanyard.

Dalam program ini, ketika mendaftar di kaunter khidmat pelanggan di tingkat lima KLIA 2, anak-anak autisme akan diberikan satu tali tag nama yang membenarkan mereka menerima layanan istimewa di lapangan terbang.

"Waktu saya nak naik penerbangan ke Sabah, saya cadang nak guna Butterfly Lanyard ni untuk anak saya yang autisme. Tiada bayaran dan free of charge. Ada available di KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.

Zinnirah dan keluarganya sedang menuju ke pesawat mereka untuk berangkat ke Sabah.

"Program ini sangat membantu dan memang function sebab kanak-kanak autisme ni mereka tak boleh menunggu lama, nanti mereka akan mula meragam.

"Butterfly Lanyard ini akan berikan VIP access kepada anak kita, macam fast lane untuk mereka naik flight, express je rasa semuanya

"Program Butterfly Lanyard bukan di bawah kendalian mana-mana syarikat penerbangan, ia adalah satu inisiatif di bawah Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)," kata Zinnirah ketika dihubungi mStar.

Berikut adalah beberapa kemudahan dan kelebihan yang diperoleh melalui program Butterfly Lanyard.

Urusan di kaunter pendaftaran masuk akan menjadi lebih cepat.

1) Daftar masuk bagasi anda di kaunter dengan lebih pantas

Ketika beratur di barisan untuk mendaftar masuk bagasi ke dalam pesawat, mereka yang mempunyai Butterfly Lanyard akan diberikan keutamaan.

Masa akan banyak dijimatkan dan keluarga yang mempunyai anak autisme akan dapat ke kaunter dengan lebih pantas tanpa perlu menunggu lama.

lanyard 2

Ada akses ke bilik permainan istimewa untuk kanak-kanak yang memegang Butterfly Lanyard.

2) Akses ke Bilik Terapi Sensori

Sementera menunggu untuk menaiki kapal terbang, mereka yang mempunyai Butterfly Lanyard boleh mengakses Bilik Terapi Sensori (sensory room).

Di sini mereka boleh bermain-main untuk mengisi masa lapang, Bilik Terapi Sensori boleh membantu kanak-kanak untuk menenangkan diri sebelum menaiki pesawat.

Bilik Terapi Sensori disediakan untuk anak-anak autisme sebelum menaiki pesawat.

3) Penyediaan kereta buggy untuk ke pintu pelepasan

Sesiapa yang mempunyai Butterfly Lanyard tidak perlu risau untuk berjalan jauh ke dewan pelepasan kerana mereka sekeluarga boleh menaiki kereta buggy.

Satu kemudahan yang sangat membantu untuk mengelakkan si kecil dari tiba-tiba meragam dan kepenatan.

Selepas ini jika anda hendak menaiki pesawat di KLIA atau KLIA 2 bersama anak-anak autisme, jangan lupa untuk memohon Butterfly Lanyard.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain