suria

Ketiak dah mula berbau, boleh ke kanak-kanak guna deodoran sama macam orang dewasa?

Tidak salah kanak-kanak menggunakan deodoran terutamanya bagi mengelakkan bau badan.

PENGGUNAAN deodoran seolah-olah sudah jadi kemestian orang dewasa bagi mencegah bau badan yang tidak sedap terutamanya jika kita melakukan aktiviti di luar rumah.

Tidak hanya golongan dewasa, kanak-kanak kini juga sudah diajar untuk menggunakan deodoran memandangkan mereka juga kuat berpeluh namun adakah mereka disarankan berbuat demikian?

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ambil mudah... elak pakaikan mask untuk bayi anda!

Sebenarnya tiada had usia tertentu menggunakan deodoran sebab ia bergantung kepada keperluan seseorang.

Contohnya, jika kanak-kanak tersebut sudah berasa tidak selesa dengan peluh di badannya dan menjadi mangsa buli di sekolah hanya kerana bau badan maka tidak menjadi kesalahan memakainya.


Pemilihan jenis deodoran juga penting bagi mengelakkan kegatalan pada kanak-kanak.


Bagaimanapun ibu bapa harus memainkan peranan dalam memilih produk sesuai serta mengajar mereka menggunakan deodoran dengan betul.

Ini termasuklah tidak memakainya dalam keadaan ketiak basah kerana ia boleh menyebabkan kegatalan.

Deodoran dianjurkan dipakai pada waktu malam, ketika kulit sudah dalam keadaan bersih dan tidak berpeluh. Penggunaan deodoran sebenarnya untuk menyerap kelenjar minyak dan bukannya kulit ketiak.

Selain itu, ibu bapa juga perlu mengajar anak-anak mereka untuk menjaga kebersihan diri seperti mandi dengan betul, sentiasa memakai pakaian bersih serta tidak terlalu lasak di sekolah.

Artikel Lain