suria

Penduduk dunia jangan panik, tiada bukti Covid-19 tersebar menerusi makanan! - WHO

Tiada bukti mengatakan covid-19 boleh tersebar menerusi makanan.

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu tiada bukti virus coronavirus boleh tersebar melalui makanan atau bungkusannya.

Oleh itu, WHO menasihati orang ramai agar tidak perlu bimbang virus tersebut boleh merebak melalui rantai makanan yang dibeli daripada pasar raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas bahaya metanol dalam hand sanitizer... punca keracunan dan kematian!

Sebelum ini, isu itu menjadi perdebatan selepas dua bandar di China mendakwa telah menemui virus Covid-19 pada bungkusan ayam dan udang beku yang diimport dari Brazil.

Hal tersebut telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat sekiranya kiriman makanan boleh menyebabkan kluster baharu.



Sehingga kini masih belum ada penawar virus Covid-19.

"Masyarakat tidak perlu takut pada bungkusan makanan yang diimport. Tiada bukti bahawa rantai makanan penyebab penularan virus," kata jurucakap WHO, Mike Ryan.

Manakala pakar epidemiologi WHO, Maria Van Kerkhove mengatakan, China telah menguji ratusan bungkusan dan hanya menemukan kurang daripada 10 bungkusan yang mengandungi virus.

Menganggap penemuan terbaharu di China itu, Menteri Pertanian Brazil memaklumkan pihaknya sedang menyiasat dakwaan tersebut dan menegaskan telah menerapkan protokol ketat sebelum sesuatu makanan atau barangan dieksport ke luar negara.

Setakat ini, 20.96 juta orang dilaporkan dijangkiti Covid-19 manakala 750,000 daripadanya meninggal dunia.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Covid-19, Coronavirus, Makanan, WHO

Artikel Lain