Bukan sahaja sedap buat masak kari, ada 5 manfaat kacang bendi buat kesihatan anda

Kacang bendi mempunyai pelbagai khasiat.

TAK lengkap rasanya kalau memasak kari tanpa sayuran seperti terung, tomato dan kacang bendi bagi menambah rasa dan 'kemeriahan' juadah tersebut.

Bagaimanapun tahukah anda, kacang bendi mempunyai pelbagai khasiat yang cukup baik untuk kesihatan kita.

Ya, ia mengandungi vitamin A dan antioksidan seperti betakaroten, xanthin dan lutein, malah ia salah satu sayuran dengan kandungan antioksidan tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 sayuran ini dibenci kanak-kanak... Ketahui cara buat mereka menyukainya

Kajian juga mendapati kacang bendi kaya dengan flavonoid yang membantu melindungi tubuh daripada kanser paru-paru dan mulut.



Kacang bendi dapat tingkatkan kesihatan jantung.

Selain itu, kandungan eugenol yang terdapat padanya juga dapat membantu melawan penyakit diabetes.

Serat pada kacang bendi dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah dengan cara menunda penyerapan gula daripada usus.

Berikut adalah beberapa manfaat kacang bendi kepada tubuh manusia.

1. Tingkatkan kesihatan jantung

Hasil penelitian juga menunjukkan, kacang bendi dapat membantu menurunkan kemungkinan penyakit kardiovaskular. Serat yang terdapat pada sayuran itu juga dapat mengurangkan kolestrol.



Pelbagai masakan boleh disediakan dengan menggunakan kacang bendi.

2. Membunuh sel kanser payudara

Satu daripada lapan wanita disahkan menghidap kanser payudara. Namun penelitian mengatakan, lektin yang terkandung dalam kacang bendi dapat membunuh sel kanser tersebut.

Kajian juga menunjukkan amalan memakan sayuran ini dapat mengurangkan risiko kanser tersebut sebanyak 63 peratus.

3. Cegah penyakit hati

Hati adalah salah satu organ terpenting dalam tubuh manusia. Dengan bantuan vitamin K, ia akan menghasilkan protein yang penting dalam pembekuan darah.

Sayuran ini juga dapat membantu memecahkan sel darah tua atau sudah rosak selain memastikan hati terlindung daripada penyakit.



Kacang bendi atau okra adalah sumber kalsium terbaik.

4. Tingkatkan penglihatan

Kajian menunjukkan vitamin A dan beta-karoten yang ditemui dalam bendi yang juga dikenali sebagai okra adalah nutrisi penting untuk menjaga penglihatan yang baik.

Selain itu, ia dapat mencegah penyakit berkaitan mata seperti katarak dan masalah penglihatan akibat faktor usia.

5. Sumber kalsium

Kacang bendi terbukti dapat memberikan banyak kalsium dan magnesium pada tubuh badan manusia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain