suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fenomena ‘supermoon’ pukul 9.19 malam nanti... Umat Islam boleh baca doa ini sewaktu lihat bulan purnama

Orang Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena supermoon pada malam ini, 5 November.

BULAN merupakan salah satu daripada tanda kekuasaan Allah yang sangat penting dalam kehidupan manusia.

Islam juga sangat menggalakkan umatnya agar sentiasa berdoa dan memuji Allah ketika melihat tanda-tanda kebesaran-Nya.

Pada tahun ini, rakyat Malaysia berpeluang melihat fenomena supermoon terbesar pada pukul 9.19 malam, Rabu (5 November).

Menurut laman web timeanddate.com, supermoon merupakan bulan purnama terbesar dan paling terang dalam setahun.

Secara amnya, supermoon kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang dengan kedudukan paling dekat dengan bumi.

Pada malam ini, orang ramai boleh mencuba untuk melihat supermoon dengan mata kasar.

Namun, penggunaan binokular akan memberikan pandangan yang lebih jelas.

Doa untuk dibaca

Menurut Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, terdapat sepotong doa yang boleh dibaca saat melihat bulan purnama.

رَبَّنَآ أَتۡمِمۡ لَنَا نُورَنَا وَٱغۡفِرۡ لَنَآ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬

Maksudnya: Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha kuasa atas segala sesuatu. [Surah at-Tahrim]

Artikel Lain