suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menu sahur viral siap dalam 2 minit! Mudah disediakan... Dewasa, kanak-kanak bertenaga sampai petang

Menu sahur ini boleh disiapkan dalam masa dua minit sahaja.

SETIAP kali tibanya Ramadan, kaum ibu pastinya sibuk bertungkus-lumus menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk seisi keluarga.

Namun bagi si bujang yang berkelana jauh dari keluarga, menu-menu ringkas sudah memadai buat mereka.

Jika anda malas untuk memasak atau memanaskan lauk sahur, apa kata cuba menu ringkas viral ini yang dikatakan mampu membekalkan tenaga berpanjangan ketika berpuasa.

Menurut seorang pelayar Facebook dikenali sebagai Tengku Asmadi, menu sahur ini boleh disediakan dalam masa dua minit sahaja.

Ia bukan sahaja sesuai untuk golongan dewasa, malah turut digemari kanak-kanak.

"Menu sahur ringkas sedap dan mudah dua minit siap. Ini antara amalan saya bila berpuasa, bersahur dengan menu yang ringkas tapi berkhasiat.

"Resepi pun campak-campak kisar telan, semudah itu anak-anak pun wajib suka. Insya-Allah boleh tahan seharian sebab serat dari kurma, oat dan sumber protein dari susu segar," ujarnya.

Bahan-bahan:

Empat biji kurma

Tiga sudu oat

Sebiji pisang

Cara penyediaan:

Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sahaja sampai sebati dan serasi bersama.

Tuang ke dalam gelas dan ia sedia untuk dinikmati ketika sahur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain