suria

Makan waktu malam, esok masih kenyang... Awas kurma-butter boleh bikin ketagih, hidang sejuk lagi wow!

Kombinasi kurma dengan kekacang dan mentega boleh membangkitkan selera ketika bersahur.

BUAH kurma cukup sinonim dengan bulan Ramadan.

Jika bosan untuk menikmati kurma dengan cara biasa, anda mungkin boleh menyajikannya bersama mentega atau kekacang.

Berkongsi tentang makanan ini di Facebook, Muhammad Hassan berkata kaedah berkenaan diajar oleh seorang guru pengajian al-Quran.

"Semalam syeikh Mesir yang juga guru al-Quran saya datang ziarah. Saya hidangkan beliau zaatar dan minyak zaitun Al Ard.

"Kebetulan ada kurma. Syeikh ajar buang biji kurma dan letak kacang badam. Tapi saya nak bagi sedap lagi, letak butter dan pelbagai kekacang.

Dates for breaking fast during the Ramadhan month is seen selling at Jalan Haji Hussein in Kuala Lumpur. AZMAN GHANI / The Star

Pelbagai jenis kurma mula dijual menjelang Ramadan.

"Serius tak tipu. Memang sedap gila. Kurma medjoul ni lembut cair dalam mulut. Ditambah pula rasa lemak masin dari butter dan rangup kacang badan," ujarnya.

Menurut Muhammad Hassan lagi, kurma itu akan lebih sedap untuk dinikmati jika ia disimpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu.

"Nak lagi sedap letak dalam peti sejuk 30 minit. Serius saya makan malam tadi sekarang jam 11 pagi masih lagi rasa kenyang. Kalian patut cuba untuk sahur nanti," ujarnya.

Seorang lagi individu di laman X, dikenali sebagai @zalyazahari turut berkongsi kaedah sama yang diamalkannya.

"Terima kasih yang tularkan kurma letak pure butter tu sebab anda dah buat saya ketagih kurma.

"Bayangkan rasa kurma manis tambah pure butter berlemak tu. Sedap. Siapa tak cuba lagi tu sila cuba," ciapnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain