suria

Kena cuba makanan Korea di K-FOOD Fair 2022... Boleh bergaya dengan Hanbok juga!

K-FOOD Fair 2022 membawa anda merasai budaya masyarakat Korea.

ANNYEONG-HASEYO! Buat peminat K-Pop, anda boleh berkunjung ke Blue Concourse, Sunway Pyramid Mall, Selangor bermula 22 hingga 24 Oktober bagi merasai suasana sebenar Korea Selatan!

Menerusi acara K-FOOD Fair 2022 yang dibawakan Perbadanan Perdagangan Agro-Perikanan dan Makanan Korea dengan kerjasama Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea Selatan, anda juga berpeluang mengetahui budaya masyarakat di sana.

Selain dapat merasai pelbagai juadah berkaitan masyarakat Korea, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mencuba pakaian tradisional, Hanbok. Bergambar sepuasnya!

Bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam, pengunjung boleh menikmati suasana yang menyeronokkan ini secara percuma.

Bagi yang gemar memasak, anda boleh belajar menu ringkas masyarakat Korea menerusi sesi demo memasak oleh cef selebriti, Jia Le Woh (Chef Jiale) dan merasa sendiri makanan setempat semasa sesi open kitchen berlangsung.

F-FOOD Fair 2022 dilancarkan pada 21 Oktober.

K-FOOD Fair 2022 dilancarkan pada 21 Oktober.

Tidak ketinggalan, persembahan tarian cover K-Pop oleh kumpulan Kueendom dan Kingsman yang mengikut rentak lagu-lagu popular seperti BTS, Blackpink, TVXQ dan EXO.

Persembahan nyanyian daripada Sarah Suhairi yang pernah berkolaborasi dengan Youtuber Korea, Blimey turut diadakan.

Anda juga boleh menyaksikan pertandingan K-Pop cover dance serta sesi random play dance yang pasti akan menghangatkan pesta K-FOOD Fair 2022.

Selain itu, anda pasti ingin mencuba permainan tradisional Korea seperti Tuho, Dalgona, Ddakji dan Jegichagi sekali gus memberi pengalaman baharu pada diri sendiri.

Jangan lupa untuk mencabar pengetahuan am anda tentang Korea melalui Kahoot dan pemenang akan menerima baucar hadiah atau Beg Strawberi K-FOOD Fair yang istimewa.

Lebih menarik apabila pelbagai produk Korea turut dijual!

Jadi apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi 'orang Korea' sepanjang tempoh berlangsungnya K-FOOD Fair 2022 ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain