suria

Apa nak buat jika pasport hilang di luar negara? Mula-mula jangan panik, ikut 3 langkah ini

Keselamatan diri dan barang berharga perlu diberi keutamaan ketika melancong. -Gambar hiasan

KEASYIKAN melihat budaya dan keunikan masyarakat setempat semasa melancong ke luar negara membuatkan kita alpa tentang bahaya yang terdapat di sekeliling.

Situasi tersebut membuatkan penjenayah mengambil kesempatan dengan meragut atau mencuri barangan berharga yang dibawa.

Malah perkara yang paling menggerunkan ketika melancong adalah kehilangan pasport.

Ini kerana, ia boleh menyebabkan anda terkandas di negara tersebut kerana pasport merupakan dokumen utama bagi perjalanan luar.

Jika anda berhadapan situasi tersebut, ini perkara yang perlu anda lakukan menurut peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid.

1. Jika kehilangan pasport semasa melancong ke negara asing, segera laporkan kehilangannya kepada pejabat kedutaan atau konsulat terdekat.

2. Mereka akan memberikan anda arahan tentang cara memohon pasport baru dan juga memberikan dokumen perjalanan kecemasan untuk pulang ke negara asal.

3. Ambil langkah untuk menjaga keselamatan peribadi dengan melaporkan kehilangan pasport kepada polis tempatan dan mendapatkan dokumen perjalanan sementara atau visa gantian seperti yang diperlukan.

Selain itu, anda dinasihatkan supaya menyediakan salinan pasport dan pengenalan diri supaya memudahkan urusan berkaitan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain