suria

Pokok Krismas gergasi menanti pengunjung Lexis Hibiscus... jangan lepaskan peluang rebut tawaran menarik bercuti bersama keluarga

Lexis Hibiscus yang terletak di Port Dickson adalah destinasi terbaik untuk bercuti bersama keluarga.

PASTI ramai daripada kita yang merancang untuk membawa keluarga bercuti bersempena musim cuti penggal sekolah dan perayaan Hari Natal tidak lama lagi. Apatah lagi, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah pun ditamatkan di kebanyakan negeri selain sudah dibenarkan merentas negeri.

Apa kata berkunjung ke Lexis Hibiscus Port Dickson yang terletak di pantai Pasir Panjang bagi mendapatkan ketenangan dan jauh dari hiruk pikuk kota yang menyesakkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Langkawi tak pernah mengecewakan, percutian anda pasti lebih bergaya!

Bersempena Hari Krismas, hotel itu juga mempromosi pelbagai tawaran menarik bermula 23 Disember sehingga 31 Disember ini.

Bagi yang ingin bercuti sempena perayaan pada 25 Disember untuk dua orang, dengan harga serendah RM698 semalam, nikmati penjimatan 10 peratus daripada harga terbaik apabila menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson dari 23 Disember hingga 31 Disember 2020 untuk semua jenis bilik kecuali suite.



Rebut tawaran menarik di Lexis Hibiscus Port Dickson.

Pakej itu termasuk sarapan pagi serta barbeku Krismas di Roselle Coffee House.

Semua tempahan boleh dibuat menerusi www.lexishibiscuspd.com dan pengunjung yang membuat tempahan tersebut akan mendapat pakej Christmas Roast Feast set untuk empat orang. Bagaimanapun tempahan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam.

Sementara itu, bagi yang ingin makan malam bersempena Hari Krismas, pakej The Christmas Roast Feast juga turut ditawarkan kepada pengunjung di Roselle Coffee House di tempoh sama.

Anda boleh memilih pakej RM128 untuk dua orang atau RM228 (empat orang). Tempahan juga perlu dibuat dalam tempoh 24 jam.

Tidak hanya menginap dan menikmati makanan enak, pengunjung juga akan disambut oleh pokok Krismas tertinggi di Negeri Sembilan di pintu masuk Lexis Hibiscus Port Dickson.



Dapatkan E-Voucher untuk percutian tahun hadapan.

Dengan ketinggian hampir 24 meter dengan diameter cecah sembilan meter, pokok itu turut dihiasi dengan lampu LED pelbagai warna. Ia adalah spot terbaik untuk bergambar bersama insan tersayang dan keluarga.

Bagi yang merancang untuk bercuti pada tahun hadapan, rebut peluang tawaran staycation di Kumpulan Hotel Lexis menerusi jualan 12.12 HOLI-YAY E-Voucher.

Mulai sekarang sehingga 19 Disember ini, pembelian itu dapat menjimatkan sehingga 38 peratus daripada harga asal untuk tempahan bilik terpilih di hotel dan resort - Lexis Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson, Lexis Hibiscus Port Dickson dan Lexis Suites Pulau Pinang.

Tempahan boleh dibuat menerusi vouchers.lexis.my adalah untuk tempoh 2 Januari 2021 hingga 31 Julai 2021.

Sementara itu, Presiden Kumpulan Hotel Lexis, Mandy Chew Siok Cheng berkata, bersempena musim perayaan ini pihaknya ingin memberikan kegembiraan dan menyatukan keluarga menerusi percutian dan penginapan bersama orang tersayang.

""E-baucar ini bukan sahaja hadiah terbaik untuk anda serta keluarga tetapi sebagai hadiah kepada sesiapa sahaja pada musim perayaan ini," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain