suria

Dah bosan bercuti di darat... kini Singapura buka peluang rasai pelayaran tanpa tujuan

Kapal persiaran Genting Cruise Lines World Dream digunakan untuk membawa pelancong.

SINGAPURA menawarkan pelayaran kapal persiaran tanpa tujuan atau lebih dikenali sebagai cruise to nowhere bermula November 2020.

Sebagai projek perintis CruiseSafe, Genting Cruise Lines World Dream dan Quantum of The Seas Royal Caribbean International, ia bagaimanapun hanya dibuka kepada rakyat republik itu sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Buka sahaja menu enak, siap boleh OOTD lagi... check-out 15 kafe 'Instagrammable' di Selangor

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) juga mengehadkan kapasiti penumpang bagi setiap perjalanan kepada 50 peratus sebagai langkah menbendung penularan wabak Covid-19.

Pelayaran itu juga bakal menyaksikan ia akan berlepas dan kembali ke pelabuhan yang sama tanpa berhenti di mana-mana destinasi seperti mana kebiasaan sebelum ini.

Kapal World Dream Genting Cruise Lines dikhabarkan akan mula berlayar pada 6 November, sementara Quantum of the Seas Royal Caribbean hanya akan beroperasi pada Disember.



Pelancong masih perlu mengikut protokol dalam mencegah penularan Covid-19 sebelum menaiki kapal persiaran.

STB memaklumkan kedua-dua kapal persiaran itu dipilih kerana pihak pengurusan telah menunjukkan kemampuan menerapkan protokol dan tindakan pencegahan yang diperlukan.

Semasa pelayaran, calon penumpang juga mesti menjalani ujian Covid-19 sebelum menaiki kapal pelayaran. Mereka juga harus mematuhi protokol kesihatan seperti memakai topeng dan menjaga jarak sekitar satu meter daripada kumpulan penumpang lain.

Michael Goh, Ketua Pemasaran Antarabangsa untuk Genting Cruise Lines dan Presiden Dream Cruises, mengatakan bahawa kapal persiaran ini akan memberikan lebih banyak pilihan percutian kepada warga Singapura, selain daripada percutian di darat.

"Kami sangat gembira menjadi kapal pesiaran pertama yang memulakan semula operasi, di Singapura, dan memberikan dorongan yang sangat diperlukan untuk industri pelancongan tempatan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain