suria

Wah! Maldives dapat cop pengiktirafan dunia destinasi selamat dikunjungi

Maldives adalah antara destinasi popular dunia.

MALDIVES adalah antara destinasi percutian popular dalam kalangan pelancong dari seluruh dunia.

Keindahan dan pantainya yang membiru cukup mempesonakan, maka tidak hairan ia menjadi lokasi pilihan terutama bagi mereka yang cintakan kedamaian dan hembusan angin laut.

ARTIKEL BERKAITAN: Hayati Hari Malaysia... kunjungi 9 destinasi warisan sejarah negara

World Travel and Tourism Council (WTTC) baru-baru ini telah mengiktiraf usaha Maldives dalam melaksanakan protokol langkah-langkah kesihatan dan keselamatan bagi mewujudkan persekitaran selamat serta merancakkan kembali industri pelancongan.



Maldives mendapat Safe Travels Stamp dalam melaksanakan protokol langkah-langkah kesihatan dan keselamatan.

Maldives berjaya menepati Safe Travels Stamp yang disokong oleh Organisasi Pelancongan Dunia selain 200 syarikat pelancongan lain.

Objektif Safe Travels Stamp ini adalah untuk memberikan keyakinan dan membina semula kepercayaan pelanggan ketika melakukan perjalanan ke Maldives selain memastikan standard kebersihan yang lebih tinggi agar pelancong dapat berasa selamat sepanjang bercuti.

Ia adalah modul keselamatan dan kebersihan global yang pertama seumpamanya untuk pelancongan yang dihasilkan untuk menangani Covid-19 dan wabak lain.

Organisasi Pelancongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) juga menjadikan WTTC sebagai keutamaan malah banyak destinasi popular di dunia mula mendaftar bagi mendapatkan cap keselamatan dan kebersihan global ini.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain