Genting Dream Cruises tawar pengalaman percutian atas kapal luar biasa untuk seisi keluarga - Destinasi | mStar

Genting Dream Cruises tawar pengalaman percutian atas kapal luar biasa untuk seisi keluarga

Kapal pelayaran mewah, Genting Gream Cruises

PENGALAMAN melancong menaiki pesawat atau kereta api laju ke destinasi idaman, mungkin sudah biasa.

Namun pengalaman bercuti di atas kapal pelayaran mewah sambil menghirup secawan teh dari balkoni kabin nyata memberi pengalaman berbeza, paling penting cukup mengasyikkan.

Betullah kata orang, 'The voice of the sea speaks to the soul'.

Keindahan lautan biru yang luas terbentang dengan pemandangan matahari terbenam sambil ditemani melodi ombak sepanjang perjalanan, membuatkan kita hanyut seketika daripada masalah dan kesibukan kerja.

Menikmati pemandangan matahari terbenam dari balkoni bilik sememangnya mengasyikkan.

Menjanjikan percutian menyeronokkan yang tidak mungkin dapat dicari di tempat lain, Genting Dream Cruises menawarkan pelbagai pakej menarik buat anda yang inginkan kelainan dalam percutian keluarga.

Umpama sebuah hotel mewah di tengah lautan, kapal mewah Genting Dream berukuran 335 meter ini memuatkan sehingga 1,674 kabin pelbagai kategori bermula dari interior stateroom, oceanview stateroom, balcony deluxe stateroom hingga The Palace Villa yang serba eksklusif dengan dekorasi memukau!

Dream Executive Suite memiliki keluasan yang besar dan sesuai buat mereka yang bercuti bersama keluarga.

Garden Penthouse memiliki dekorasi bilik yang mewah dan memukau.

Balcony Stateroom sesuai buat mereka yang sedang berbulan madu.

Menjadi kapal pelayaran mewah pertama yang menawarkan hidangan halal di rantau ini, Genting Dream Cruises adalah pilihan tepat untuk mereka yang inginkan percutian menyeronokkan tanpa perlu runsing memikirkan soal makanan dan minuman.

Terletak di dek 16 kapal, tetamu pelayaran boleh menikmati hidangan bufet istimewa untuk sarapan pagi, tengah hari dan malam melalui seksyen halal, The Lido.

Nikmati sarapan pagi dengan pemandangan lautan biru yang sememangnya memberi pengalaman baharu buat anda.

Keterujaan menikmati percutian pelayaran selama empat hari tiga malam bermula dari Marina Bay Cruise Centre di Singapura menuju ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Phuket, Thailand tidak terhenti di situ apabila pelbagai kemudahan rekreasi dan aktiviti menyeronokkan boleh dilakukan di atas kapal ini.

Percaya atau tidak, Genting Dream Cruise memiliki butik-butik berjenama, taman tema air yang cukup luas lengkap dengan enam gelongsor air termasuk tiga untuk kanak-kanak berserta kolam renang.

Jika anda gemarkan sesuatu yang lebih ekstrem usah risau kerana kapal ini turut menyediakan permainan seperti rock climbing, gelanggang bola keranjang, padang mini golf dan zipline (flying fox) di samping Monopoly board game gergasi, trek joging dan gimnasium.

Taman tema dilengkapi dengan gelongsor air sesuai buat seisi keluarga.

Jika anda sukakan sesuatu yang ekstrim boleh mencuba Zipline yang terletak di Dek 16 kapal Dream Cruises.

Taman tema air untuk kanak-kanak.

Pada sebelah malam pula terdapat pertunjukan dan persembahan bertaraf dunia selain hidangan antarabangsa dan tempatan tanpa sebarang bayaran tambahan dikenakan di restoran tertentu.

Turut disediakan pusat hiburan, pusat jagaan kanak-kanak, perpustakaan, teater, pusat perubatan, pejabat, kedai gambar, pusat dobi serta khidmat komunikasi e-mel satelit.

Paling penting, wifi on-board juga ada disediakan pada kadar tertentu.

Rock climbing

Golf mini pun ada!

Dalam keterujaan bercuti, penjagaan kulit tidak seharusnya dilupakan agar sentiasa kelihatan cantik, berseri dan segar sepanjang pelayaran.

Untuk itu, anda boleh berehat dan memanjakan diri di beberapa pusat rawatan spa yang terletak di dek 15 kapal berkenaan.

Manjakan diri di pusat rawatan spa agar kelihatan cantik, berseri dan segar sepanjang pelayaran.

Seperti yang semua orang tahu, kapal cruise akan berlayar dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

Genting Dream Cruises

Sebaik sampai di sesebuah perhentian, penumpang dibenarkan turun dan bersiar-siar ke beberapa lokasi berdekatan bagi menikmati keindahan, mengenali budaya bahkan sempat merasai makanan popular sesuatu tempat itu.

Namun pernahkah anda bayangkan untuk melancong sambil melakukan kerja amal meluangkan masa membantu mereka yang kurang bernasib baik?

Ia pastinya memberi kepuasan percutian unik dan menarik buat kaki travel seperti anda!

Meluangkan masa melakukan kerja amal pastinya memberi pengalaman berbeza buat kaki travel!

Tetamu pelayaran kini berpeluang melibatkan diri dengan kegiatan murni menerusi 'Voluntourism' iaitu program kesukarelawanan yang baharu diperkenalkan syarikat ini.

Apa salahnya, sesekali melancong sambil beramal...

Bagi anda yang merancang untuk bercuti bersama keluarga dan anak-anak, jangan lepaskan peluang musim cuti sekolah akan datang dan rasai sendiri suasana menakjubkan atas kapal!

Untuk pemandangan lebih cantik dan indah, luangkan masa di Zouk Beach yang terletak di Deck 16 kapal pelayaran Dream Cruises.

Genting Cruise Lines turut menawarkan pelbagai pilihan kepada pelanggan serta promosi pakej percutian yang bukan sahaja menarik tetapi berpatutan.

Pakej percutian bermula serendah RM1,800 dengan destinasi menarik seperti Pulau Pinang, Langkawi, Surabaya, Bali Utara, Pulau Macleod, Bintan, Palawan, Phuket dan banyak lagi untuk dipilih!

Artikel Berkaitan