suria

Lanun 'serang' Lost World of Tambun sempena cuti sekolah, aktiviti menarik pun banyak!

Lost World of Tambun menawarkan tarikan bertemakan lanun sempena cuti sekolah kali ini.

TAMAN tema Lost World of Tambun merupakan destinasi mesra keluarga yang sering dikunjungi setiap kali tibanya musim cuti persekolahan.

Kali ini, mereka tampil dengan satu kelainan bertemakan lanun yang digelar Pirates Adventure Holidays, bermula 23 hingga 31 Mac ini.

Apa yang menarik agaknya? Bagi yang tertanya-tanya, pelbagai aktiviti untuk segenap lapisan usia boleh dilakukan di taman tema popular itu.

Antaranya, pengunjung berpeluang mendapat 'harta karun' misteri dengan melengkapkan permainan yang disediakan.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang merasai aktiviti menarik seperti The Awesome Pool Party di Jungle Wave.

Antara tarikan lain yang turut ditawarkan di Lost World of Tambun.

Antara yang boleh dilakukan termasuklah perang pistol air yang mana ia cukup digemari ramai khususnya golongan kanak-kanak.

Di Pentas Lupe pula, berlangsungnya Amazing Pirates Challenge yang menawarkan aktiviti seperti Cannon Ball Maze.

Aktiviti lain yang boleh dicuba termasuklah, DIY A Scallywag's Hat, Pirates Splash Party dan banyak lagi.

Dengan dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur, taman tema yang terletak di Ipoh ini sering menjadi pilihan ramai khususnya sewaktu musim cuti persekolahan.

Antara tarikan lain termasuklah Adventure River, Tiger Valley dan Petting Zoo.

Artikel Lain