suria

Pemain bola tak sedar seluar terlondeh, punggung terdedah ketika perlawanan

Seluar Trent terlondeh ketika melakukan sepakan. -Gambar Primevideosport

SELUAR pemain Liverpool, Trent Alexander-Arnold terlondeh ketika melakukan sepakan sudut dalam perlawanan menentang Sheffield United.

Sewaktu berjalan ke arah bendera sudut, Trent tidak menyedari separuh bahagian punggungnya terdedah sehingga dilihat ramai penonton.

Kejadian itu menyebabkan ramai penyokong beralih tumpuan pada Trent yang melakukan sepakan.

Rakaman aksi Tren itu tular di media sosial sehingga menjadi bahan gurauan dalam kalangan netizen.

"Kenapa perkara pertama yang saya lihat adalah punggung Trent apabila saya menyaksikan perlawanan Liverpool?" komen netizen.

Untuk rekod, Trent mencapai prestasi cemerlang dalam beberapa minggu kebelakangan ini menerusi perlawanan menentang Manchester City dan Fulham. -Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain