suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Al-Nassr kalah 3-0, peminat jerit nama Messi ketika Ronaldo keluar padang

Ronaldo menyertai Al-Nassr pada Disember tahun lalu. -Gambar Instagram

PERLAWANAN Liga Pro Saudi di Derby Riyadh pada Jumaat menyaksikan pasukan diwakili Cristiano Ronaldo iaitu Al-Nassr tewas 3-0 kepada Al-Hilal.

Apa yang mencuri tumpuan, peminat Al-Hilal menjerit nama Lionel Messi ketika Ronaldo berjalan keluar padang sejurus tamatnya perlawanan.

Dalam perlawanan itu, Aleksandar Mitrovic menjaringkan dua gol selepas Sergej Milinkovic-Savic menjaringkan gol pemmbukaan buat Al-Hilal.

Meskipun tidak menjaringkan sebarang gol, Ronaldo masih menjadi tumpuan dalam perlawanan itu.

Malah, dia turut menerima sokongan padu daripada peminatnya yang hadir memakai jersi nombor tujuh.

Untuk rekod, Ronaldo sah menyertai Al-Nassr pada Disember tahun lalu. - Korea Times.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain