suria

Pep Guardiola patah hati! Aktres idola rupanya minat Manchester United - “Kenapa dia tak datang lawat kami?”

Pep Guardiola menzahirkan rasa kecewa susulan pelakon yang diminatinya menyokong Manchester United.

KOLEKSI trofi yang dimenangi Pep Guardiola di Manchester City tidak melengkapkan kepuasan hatinya tanpa kehadiran pelakon Pretty Woman, Julia Roberts.

Pep sebelum ini pernah mendedahkan bahawa aktres wanita itu merupakan salah seorang daripada tiga idolanya selain Tiger Woods dan Michael Jordan.

Lebih merobekkan hati Pep apabila Roberts dalam diam sebenarnya meminati musuh tetangga City iaitu Manchester United.

Dalam satu temu bual bersama rancangan realiti televisyen, The Graham Norton Show, Roberts mengatakan dia dan keluarganya terpukau dengan kelab The Red Devils itu.

"Saya pernah ke Old Trafford, saya peminat sejati. Saya mempunyai tiga orang anak dan mereka meminati bola sepak.

"Saya tidak sangka ia begitu menarik untuk ditonton di televisyen. Kami begitu meminatinya dan Manchester United menjadi pasukan pilihan kami, pasukan keluarga Moder. Kami seperti terpukau," kata Roberts.

Roberts turut bergambar dengan pengendali United, Erik ten Hag dan bintang pemainnya seperti Bruno Fernandes, Marcus Rashford dan Casemiro ketika lawatan pra-musim kelab itu ke Amerika Syarikat.

Pada Mac lalu, Guardiola kecewa apabila Roberts tidak singgah di Etihad, sebaliknya melawat Old Trafford dalam percutiannya ke England.

"Dia pergi melawat Man United. Dia tidak datang berjumpa kami. Sebab itu walaupun memenangi Liga Juara-Juara Eropah, ia tidak dapat dibandingkan dengan Julia Roberts pergi ke Manchester United tetapi tidak datang bertemu kami.

"Walaupun saya memenangi Liga Juara-Juara Eropah, ia tidak dapat menebus kekecewaan saya," kata Guardiola. - The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain