suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arteta dan Arsenal bidas EPL, mutu pengadilan lemah - “Kami berhak dapat lebih baik”

Mikel Arteta mengkritik keputusan pengadil ketika menentang Newcastle. -Foto Sky Sports

KALAH menang adat permainan.

Namun, pengendali Arsenal, Mikel IArteta melabelkan kekalahan 1-0 Arsenal di tangan Newcastle sebagai satu perkara yang memalukan selepas jaringan kemenangan kontroversi Anthony Gordon tetap diterima oleh VAR.

Gordon memberikan kekalahan pertama buat Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini apabila dia meledak gol di babak kedua aksi di St James' Park.

Arsenal berang dengan gol berkenaan, yang didakwa perlu dibatalkan kerana kekasaran Joelinton ke atas Gabriel.

Joelinton dilihat menolak pertahanan Arsenal, Gabriel ketika mereka bersaing merebut bola hantaran Joe Willock, dan Gordon menyempurnakannya untuk jaringan kemenangan Newcastle.

Selain itu, Arsenal dalam satu kenyataan mengatakan mereka menyokong sepenuhnya Arteta selain meminta badan pengadil (PGMOL) melihat kembali tahap pengadilan.

"Kelab Bola Sepak Arsenal menyokong sepenuhnya komen Mikel Arteta selepas perlawanan apabila satu lagi keputusan pengadil yang tidak boleh diterima dan kesilapan VAR pada petang Sabtu," kata kenyataan kelab itu hari ini.

"EPL ialah liga terbaik dunia bersama pemain terbaik, jurulatih dan penyokong, mereka semua berhak mendapat yang lebih baik," kata Arsenal. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain