suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nasib Ten Hag bagai telur di hujung tanduk, Neville jangka bakal dipecat

Gary Neville risau akan nasib Erik ten Hag. -Foto Daily Express

PRESTASI Erik ten Hag semakin merudum.

Manchester United tersingkir daripada saingan Piala Liga selepas tewas 3-0 kepada Newcastle di laman sendiri, tiga hari selepas ditundukkan Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford.

Gary Neville sudah memberi amaran kepada Erik ten Hag yang dia mungkin akan dipecat oleh Manchester United.

"Semalam kini melihat Theatre of Dreams bertukar menjadi Theatre of Nothing. Semua penyokong United sudah mula bosan dan letih.

"Di atas padang pemain-pemain beraksi hambar, pengendali pula bergelut di depan mata kami.

"Kami pernah menyaksikannya sebelum ini, kami tahu bagaimana ia akan berakhir dan kami sudah bosan," kata Neville.

Pengendali dari Belanda itu adalah pengendali tetap kelima sejak Alex Ferguson bersara selepas memenangi Liga Perdana Inggeris 2013. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain