suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Frank Lampard setuju jadi pengurus sementara Chelsea

Frank Lampard bakal kembali ke Chelsea. -Goal.com

FRANK Lampard bersetuju untuk memikul tanggungjawab sebagai pengurus sementara Chelsea.

Ketika ini pemilik kelab, Todd Boehly dan Behdad Eghbali meneruskan usaha mengintai calon terbaik bagi menggantikan tempat Graham Potter.

Potter dipecat pada Ahad lalu selepas deretan keputusan yang buruk sekali gus meletakkan pasukan berada di kedudukan ke-11 carta Liga Perdana Inggeris.

Bruno Saltor, yang menjadi sebahagian barisan kejurulatihan ketika dibawah Potter, mengambil alih tugas berkenaan ketika mereka terikat tanpa jaringan dengan Liverpool di laman sendiri, Selasa lalu.

Lampard yang mengemudi Everton sehingga Januari lalu, akan kembali ke Stamford Bridge, persekitaran yang pernah menyaksikan dirinya diminati penyokong Chelsea ketika 13 tahun bergelar pemain.

Sebelum ini dia pernah mengalami musim hambar sebagai pengurus dari 2019 hingga 2021. - Goal.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain