suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pique diulit bahagia, sedang rancang majlis perkahwinan dengan kekasih baru

Pique dilaporkan sedang merancang majlis perkahwinan dengan kekasih barunya, Clara.

GERARD Pique dilaporkan sedang merancang majlis perkahwinan dengan kekasih baharunya, Clara Chia Marti.

Menurut laporan yang diterbitkan majalah Marca, bekas pemain Barcelona itu memberi bayangan bahawa dia kini dalam fasa diulit bahagia.

Gerard dan Clara, 23, telah tinggal bersama di sebuah apartmen yang dibeli pemain bola sepak itu di Barcelona.

"Mereka berbincang terutama sekali tentang bagaimana Clara inginkan majlis perkahwinannya.

"Dia tidak mahu majlis perkahwinan yang besar, sebaliknya dia mahu ia menjadi sesuatu yang sangat intim dan tidak mahu ia menjadi sesuatu yang lebih daripada berita," tambahnya.

Sementara itu, bekas kekasih Pique iaitu penyanyi Shakira, dilaporkan sudah bersedia meninggalkan Sepanyol.

Penyanyi kelahiran Colombia itu bakal berpindah secara kekal ke Miami selepas dia dan Pique mencapai persetujuan mengenai hak penjagaan anak mereka, Sasha dan Milan. - Thenews.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain