suria

Georgina didakwa berlagak sombong, disuruh bersyukur dapat hidup senang selepas kenal Ronaldo

Seorang model menyelar Georgina yang dikatakan bersikap sombong dan angkuh.

SEORANG model media sosial menyindir teman wanita Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriguez kerana bersikap angkuh.

Menurut Paola Saulino yang membuat dakwaan itu, dia tidak suka sikap Georgina yang bukan sahaja bongkak, malah sombong dengan orang sekeliling.

"Saya lebih suka kerendahan hati ibu pemain Maghribi daripada sikap bongkak dan sombong Georgina.

"Dia hanya perlu berterima kasih kepada Ronaldo kerana tidak menjadi pembantu kedai," ujarnya.

Untuk rekod, Georgina pernah bekerja sebagai pembantu butik mewah sebelum dia bertemu dengan Ronaldo.

ARTIKEL BERKAITAN: Ronaldo kecewa tak terhingga - “Saya sudah memenangi bermacam jenis anugerah dan trofi tetapi bukan Piala Dunia”

Menurut model itu lagi, Georgina berlagak bijak apabila tiba-tiba berkebolehan bercakap tentang dunia bola sepak.

"Sekarang dia mahu bercakap tentang bola sepak dengan mengulas pilihan jurulatih Portugal seolah-olah dia tahu tentang taktik dan formasi," selar wanita itu lagi.

Baru-baru ini, Ronaldo yang mewakili pasukan Portugal tewas kepada Maghribi dengan keputusan tipis 1-0, sekali gus 'membunuh' harapan mereka untuk ke pentas akhir Piala Dunia.

Kemuncak kejohanan berprestij itu menyaksikan Argentina merangkul trofi Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar selepas membenam Perancis menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Lusail, awal pagi Isnin. - The News.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain