suria

Seronok berparti di Sao Paulo, Neymar dianggap tak ambil iktibar kekalahan Piala Dunia 2022

Neymar sakan berparti selepas pulang dari Qatar.

SELEPAS seminggu Brazil tersingkir di Piala Dunia 2022, Neymar terus menjadi perbualan utama apabila dituduh tidak mengambil iktibar atas kekalahan tersebut.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu dilaporkan terus berparti di rumah kakaknya apabila dia tiba di Sao Paulo, selepas kembali daripada kejohanan di Qatar.

Menurut laporan Folha de Sao Paulo, Neymar berusaha agar penganjuran parti itu tidak dihidu pihak media, namun ia tetap terbongkar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedang menangis di padang, Neymar tetap layan anak pemain Croatia walau awalnya dihalang petugas

Turut hadir dalam parti itu ialah rakan sepasukannya Antony, pemain Manchester United, serta penyanyi Joao Gomes.

Untuk rekod, perjalanan Brazil pada Piala Dunia 2022 berakhir di peringkat suku akhir apabila disingkirkan Croatia. - Marca.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain