suria

Kontrak bakal tamat, PSG tawar wang lumayan jika Mbappe setia lagi 2 musim

Kontrak Mbappe dengan PSG akan tamat pada bulan Jun. Foto: Getty Images/Gonzalo Arroyo Moreno.

PARIS Saint-Germain (PSG) sedang merangka pelan baharu dalam usaha mengekalkan Kylian Mbappe dalam pasukan itu.

Bukan sahaja tawaran gaji besar, malah pasukan itu dikhabarkan bersedia untuk membayar sejumlah wang komitmen yang cukup lumayan buat Mbappe.

BBC melaporkan bahawa Mbappe, yang kontraknya akan tamat dengan PSG pada bulan Jun sebenarnya telah bersetuju sejak beberapa bulan lalu untuk menyertai Real Madrid pada musim depan.

Setakat ini, berpindah ke Santiago Bernabeu masih menjadi pilihan utama.

Bagaimanapun, PSG dilihat berani menawarkan kontrak baharu dengan bayaran lumayan sebagai bukti kesungguhan mereka.

Difahamkan, PSG bersedia membayar £150 juta (RM824.3 juta) jika Mbappe menandatangani kontrak baharu selama dua musim.

Angka ini adalah peningkatan sebanyak £25 juta (RM137.3 juta) daripada apa yang telah ditawarkan sebelum ini.

Dalam pada itu, Mbappe berkata dia belum membuat keputusan lagi kerana terdapat elemen baharu yang sedang dipertimbangkan. - Detik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain