suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Halang Lukaku, halang Chelsea? The Blues perlukan No. 10 bantu Romelu

Thomas Tuchel enggan menyalahkan Lukaku dan melabel kekalahan kepada Man City adalah berpunca daripada kegagalan berpasukan

KEKALAHAN 1-0 Chelsea kepada Manchester City turut menyaksikan bintang The Blues, Romelu Lukaku seakan hilang daripada permainan, gagal menghadirkan impak kepada pasukan.

Pada perlawanan itu, statistik bintang antarabangsa Belgium itu menunjukkan dia hanya melakukan 21 sentuhan, 33 peratus hantaran dan tiada sebarang percubaan tepat.

Thomas Tuchel dipersoalkan kenapa formasi 3-5-2 gagal berfungsi dengan sempurna seperti apa yang ditunjukkan ketika kemenangan ke atas Tottenham Hotspur sebelum ini.

Tiga pemain tengah lebih menjurus kepada tugas bertahan tanpa membuka peluang kepada gandingan Lukaku dan Timo Werner di depan.

“Saya fikir bukan keperluan untuk bercakap tentang kesukaran yang dihadapi Romelu.

“Apabila (bola) sampai kepada Romelu, serangan kita hampir berakhir, kami tidak memiliki pemain yang cukup dan tidak ada perhubungan.

“Jadi inilah masalah pasukan dan bukannya masalah individu,” kata Tuchel.

Ketika ini, Lukaku dilihat memainkan peranan sebagai penyerang di posisi nombor 9 iaitu menyerang secara berseorangan di bahagian atas dengan mengharapkan kekuatan fizikal serta kelajuan untuk mencipta jaringan.

Namun isu terbesar yang dapat dilihat kepada skuad Tuchel ketika ini adalah ketiadaan pemain di posisi nombor 10 yang akan bertindak sebagai penghubung antara bahagian tengah dan serangan.

Peranan itu mungkin diisi oleh Mason Mount sebelum ini tetapi bintang Chelsea itu terpaksa diketepikan saat perlawanan getir akibat kecederaan.

Antara pilihan lain yang dimiliki Tuchel termasuk Kai Harvert, yang hanya dimasukkan 30 minit sebelum perlawanan berakhir, dan Hakim Ziyech yang tidak disenaraikan dalam perlawanan itu.

Mungkin dengan kepulangan Christian Pulisic daripada kecederaan dalam membantu Lukaku mencapai semula prestasinya selain membuka lebih banyak peluang menjaringkan gol.

Ini kerana berdasarkan perlawanan menentang City, Pep Guardiola menunjukkan kelemahan taktikal Tuchel dengan hanya menghalang Lukaku daripada mendapatkan bola.

Jika ada pemain lain bermain di posisi nombor 10 atau 'pembantu' Lukaku, jentera serangan Chelsea akan tampak lebih berbisa. - Goal.com

Artikel Lain