suria

Tuah si cantik, atlet gimnastik dijangka jadi jutawan tak lama lagi... ramai peminat di TikTok

Olivia Dunne dijangka menjadi jutawan tidak lama lagi.

ATLET gimnastik Amerika Syarikat, Olivia Dunne dijangka menjadi jutawan tidak lama lagi.

Penuntut Universiti Negeri Louisiana (LSU) itu dijangka meraih pendapatan tinggi susulan perubahan peraturan yang berlaku baru-baru ini.

Dalam pindaan tersebut, pelajar yang bergelar atlet kini boleh menerima bayaran atas imej mereka menerusi tawaran pengiklanan.

Sebelum ini, kolej dilarang membayar atlet mereka, namun kini pelajar dibenarkan mencari pendapatan menerusi kaedah itu.

Pada minggu lalu, agensi sukan WME mengumumkan mereka telah menandatangani perjanjian dengan atlet muda itu.

Untuk rekod, Olivia turut memiliki empat juta pengikut di aplikasi TikTok.

Menurut peguam Roy Maughan Jr. yang banyak terlibat dengan industri hiburan, populariti yang diraih membolehkan Olivia meraih pendapatan sehingga tujuh angka tidak lama lagi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain