suria

Rumah dipecah masuk, Mayweather tawar ganjaran lumayan buat pemberi maklumat

Antara barangan peribadi yang dicuri termasuklah koleksi beg miliknya.

MALANG menimpa peninju terkenal dunia, Floyd Mayweather apabila kediaman mewahnya di Los Angeles dipecah masuk baru-baru ini.

Mayweather kini menawarkan ganjaran wang ringgit RM410, 000 buat sesiapa yang boleh memberi maklumat mengenai kejadian itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Peninju berusia 50 tahun itu berkongsi kisah malang berkenaan menerusi Instagram pada Sabtu pagi.

"Rumah adalah tempat yang penuh tenang dan selesa. Apabila ia dipecah masuk, ia menyakitkan hati dan mengganggu.

"Saya menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang boleh memberi maklumat sehingga saya dapat semula barang yang dicuri," tulis Mayweather kepada 26.5 juta pengikutnya.

Antara barangan peribadi yang dicuri termasuklah koleksi beg miliknya. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain