suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar dikritik hebat anjur parti besar-besaran ketika pandemik Covid-19

Neymar dikatakan menjemput 500 tetamu ke parti tertutup berkenaan. Foto: AFP

BINTANG Paris Saint Germain (PSG), Neymar menerima kritikan hebat selepas dikatakan menganjurkan parti tertutup di negara kelahirannya, Brazil, hujung minggu baru-baru ini.

Neymar menjemput kira-kira 500 tetamu ke sebuah rumah agam di Mangaratiba, Rio de Janeiro. Parti itu dikhabarkan bermula pada Jumaat.

Kesemua tetamu dilarang untuk membawa telefon bimbit dan disebabkan itu tiada sebarang rakaman dapat dilakukan.

Bagaimanapun ia terbongkar selepas didedahkan akhbar tempatan, O Globo, sekaligus Neymar dikritik hebat oleh rakyat Brazil.

Ia berikutan negara itu merupakan salah satu negara yang mencatatkan kes tertinggi Covid-19 dengan hampir 190,000 maut akibat virus berkenaan sehingga kini. - Marca.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain