suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hidup tidak normal, Hamilton akui tahun 2020 paling mencabar untuknya

Dia sebelum ini disahkan positif Covid-19, hanya beberapa hari selepas menjuarai Grand Prix Bahrain.

JAGUH Formula Satu (F1), Lewis Hamilton menyifatkan tahun 2020 sebagai satu fasa sukar dalam hidupnya.

Selain impak dirasai seluruh dunia akibat pandemik Covid-19, Hamilton sendiri turut dijangkiti wabak itu.

"Saban tahun kita hadapi benda berbeza. Secara peribadi, tahun ini paling sukar buat saya.

"Kita berhadapan dengan isolasi, perlu mengasingkan diri tanpa orang sekeliling.

"Banyak kehilangan besar. Hidup tidak normal," ujarnya.

Pada tahun ini, dia menyertai 16 kejohanan Grand Prix.

Untuk rekod, dia sebelum ini disahkan positif Covid-19, hanya beberapa hari selepas menjuarai Grand Prix Bahrain.

Hamilton dikuarantin selepas keputusan pada 1 Disember mengesahkan dia positif wabak itu. - Formula 1.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain