suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Reece James berang cermin kereta dipecah, hadiah untuk kebajikan dicuri

Cermin kereta kereta James yang dipecahkan. -foto reecejames/ Instagram

BINTANG Chelsea, Reece James berang apabila cermin keretanya dipecahkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Malah, beliau memberi amaran bahawa 'setiap perbuatan itu akan mendapat balasannya'.

Ia susulan kejadian cermin keretanya dipecahkan, dan mencuri hadiah-hadiah untuk sumbangan kebajikan.

James berkongsi foto cermin keretanya yang dipecahkan itu di laman sosial Instagram milik beliau.

"Satu lagi pengalaman yang menggembirakan dengan Projek Felix hari ini yang menyediakan makanan kepada generasi muda.

"Semoga kita menyebarkan kegembiraan menjelang Krismas dalam waktu yang mencabar.

"Malangnya, saya melalui satu kejadian sebaik kembali ke kereta.

"Seseorang cuba memecah masuk kereta saya dan mencuri hadiah-hadiah yang sepatutnya didermakan pada hari yang sama," katanya.

"Moga perbuatan itu akan mendapat pembalasannya," tambah James.

Projek Felix merupakan pertubuhan yang mengumpulkan makanan yang tidak diperlukan dan disalurkan kepada sekolah-sekolah dan badan kebajikan bagi menangani masalah kebuluran di United Kingdom.

Kejadian tersebut turut membangkitkan kemarahan para pengikut James di media sosial. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain