suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kembali beraksi selepas positif Covid-19, Hamilton gagal rebut gelaran juara

Hamilton dilaporkan mengalami gejala ringan dan telah menjalani dua ujian sebelum keputusannya disahkan positif pada awal Disember.

JAGUH Formula Satu (F1), Lewis Hamilton kembali beraksi di Abu Dhabi pada Ahad.

Dia sebelum ini disahkan positif Covid-19, hanya beberapa hari selepas menjuarai Grand Prix Bahrain.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah! Lewis Hamilton positif Covid-19, bakal terlepas perlumbaan GP Sakhir

Juara dunia tujuh kali itu dikuarantin selepas keputusan pada 1 Disember mengesahkan dia positif wabak itu.

Dalam perlumbaan terbaharu, dia berpuas hati di kedudukan ketiga.

Max Verstappen yang mendahului dari pusingan terawal muncul juara dalam saingan tersebut, diikuti Valtteri Bottas di kedudukan kedua.

Terdahulu, Hamilton dilaporkan mengalami gejala ringan dan telah menjalani dua ujian sebelum keputusannya disahkan positif berikutan mempunyai kontak rapat dengan individu yang positif Covid-19. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain