suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga pemain Serbia diarah jalani kuarantin selepas positif Covid-19

Pemain Serbia (jersi putih) berdepan kesukaran selepas beberapa pemain skuad negara disahkan positif Covid-19. Foto: AFP

TIGA pemain Serbia disahkan positif Covid-19 menjelang aksi Liga Negara-Negara UEFA menentang Russia, demikian pengesahan daripada badan bola sepak negara berkenaan.

Pemain tengah, Sergej Milinkovic-Savic; pemain sayap, Darko Lazovic dan penjaga gol, Djordje Nikolic diarahkan menjalani kuarantin kerana didapati positif selepas ujian dilakukan ke atas semua pemain semalam.

Berdasarkan peraturan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), ketiga-tiga mereka perlu meninggalkan kem latihan dan melakukan kuarantin.

Serbia sebelum ini terpaksa beraksi tanpa ketua pasukan, Aleksandar Kolarov, yang meninggalkan pasukan dan kembali pulang ke Itali, selepas disahkan positif Covid-19.

Kolarov hanya berada di bangku simpanan minggu lalu ketika kalah kepada Scotland menerusi penentuan penalti menyebabkan Serbia gagal ke saingan Euro tahun depan.

Serbia berada di tangga terbawah Kumpulan B3 Liga Negara-Negara UEFA yang turut menempatkan Russia, Hungary dan Turki. - Worldfootball.net

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pemain Serbia, positif Covid-19, UEFA

Artikel Lain