suria

Klopp mengalir air mata sebaik sahaja Liverpool disahkan juara EPL musim ini

Penyokong-penyokong Liverpool membanjiri perkarangan stadium sebaik sahaja disahkan sebagai juara liga musim ini.

SKUAD bimbingan Jurgen Klopp itu disahkan sebagai juara musim ini selepas pencabar terdekat Manchester City 2-1 kepada Chelsea sekaligus menjadi kelebihan 23 mata yang dimiliki Liverpool sukar digugat.

Malah The Reds juga turut mencatat kemenangan bergaya 4-0 ke atas Crystal Palace, menjadikan mereka mengukuh kedudukan di tangga teratas liga.

"Kami telah meyakinkan orang lain bahawa ia dilakukan bersama. Ini adalah momen paling besar. Saya sangat terharu. Saya tidak sangka ia akan rasa seperti ini," jelas Klopp.

Ribuan penyokong telah berkumpul di luar stadium di Anfield sebaik sahaja wisel akhir dibunyikan dan Klopp turut mendedikasikan kejayaan yang dirancang selama lima tahun ini kepada mereka.



Klopp terharu dan turut mengalirkan air mata dengan kejayaan skuadnya bergelar juara musim ini.

"Ini adalah untuk anda. Ia sangat menakjubkan. Raikanlah di rumah atau di depan rumah anda. Ini adalah kegembiraan.

"Seluruh barisan jurulatih, saya sangat berbangga ramai orang di Liverpool melakukannya.Ia sangat teruja sejak hari pertama. Kita raikan momen ini.

"Ia adalah perkara terbaik yang boleh dibayangkan dan lebih daripada yang digambarkan," tambah Klopp, 53.



Penyokong-penyokong Liverpool meraikan kejayaan di Anfield.

Klopp turut mengalirkan air mata terujanya ketika ditemubual Sky Sports selepas disahkan sebagai juara biarpun masih lagi mempunyai tujuh baki perlawanan musim ini.

Kali terakhir Liverpool merangkul gelaran juara pada musim 1989-1990. - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Liverpool, Juara, EPL

Artikel Lain