suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salah buat kejutan, belanja pelanggan di stesen minyak petrol percuma

Gambar Salah berada di sebuah stesen minyak tular di Twitter.

BINTANG Liverpool, Mohamed Salah bukan saja disukai ramai kerana kelincahannya di atas padang tetapi juga sikapnya semasa di luar padang.

Terbaharu, gambar pemain kelahiran Mesir itu memakai jersi latihan dilihat berada di sebuah stesen minyak tular di media sosial.

Semuanya gara-gara tindakan Salah membayar petrol mereka yang berada di stesen minyak, Sainsbury.

"Mo Salah yang masih memakai jersi latihan Liverpool membayar petrol semua yang berada di stesen minyak, Sainsbury," tulis RockyKlopp di Twitternya.

"Bagaimana anda tidak menyukai lelaki ini. Wira sebenar," kata seorang lagi pelayar Twitter.

Bekas rakan pasukan Salah semasa memperkuat Arab Contractors di Mesir, Mohamed El-Akabawy mendedahkan dia terkejut melihat bintang berusia 27 tahun itu begitu disayangi peminatnya di Eropah.

"Saya tidak jangka Salah akan mencapai tahap seperti ini. Saya tahu dia cemerlang di Eropah tetapi bukan dengan cara sebegini.

"Apa yang membuatkan Salah mencapai tahap ini adalah mentalitinya, semua yang dilakukannya.

"Bila Al Ahly dan Zamalek mahu mendapatkan khidmat Salah, saya tanya kelab mana diminatinya, dia kata dia mahu bermain di luar negara," katanya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Liverpool, Mohamed Salah, petrol

Artikel Lain