suria

EPL dedah seorang lagi disahkan positif Covid-19

EPL mengumumkan seorang lagi individu disahkan positif Covid-19.

LIGA Perdana Inggeris (EPL) mengesahkan seorang lagi individu disahkan positif Covid-10, daripada 1,213 pemain dan kakitangan kelab yang menjalani ujian saringan awal minggu ini.

Pengesahan itu dibuat tujuh hari sebelum EPL disambung semula.

Ujian saringan dilakukan pada Isnin dan Selasa.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut mengenai kelab mahupun individu yang disahkan positif Covid-19.

Ia merupakan pusingan ketujuh ujian susulan keputusan minggu lalu, yang mendapati tiada positif jangkitan membabitkan 1,195 individu di 20 kelab.

Setakat ini, terdapat 14 individu disahkan positif Covid-19, berdasarkan 7,487 ujian saringan yang telah dijalankan membabitkan warga EPL.

EPL tetap meneruskan ujian saringan Covid-19 terhadap pemain mereka dua kali seminggu, pada masa akan datang. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pemain, EPL, Covid-19,

Artikel Lain